Saturday, December 18, 2010

Mini-Reunion

Hye.. remember this entry? i mention that i really missed my friends from SK Sekudai Batu 10 isnt? Tadi, baru lepas jumpa diorang u olss!! Happy gile tahap cipan punya happy.
Actually kitorang pergi rumah Safura. Akk dia kawen. So da alang2 menyeluk pekasam, biar jadik masam. Ok jangan ikut peribahasa ini. Terutama adik2 yang da nak UPSR. haha. Penjahanam bahasa ku nih.

People said, pictures show everything.. So have a nice view..
*ada ke orang cakap macam tu?





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
by the way kak murni, u give me ideas. Thank you
http://www.emocutez.com

Monday, December 06, 2010

Lunch Hour

Berpuasa pada hari ini.. ouh perut..janganlah kau meragam pada saat dan tika ini.. Jadilah kau sebaik2 perut.. dan nafsu.. janganlah kau meminta yang bukan2..

hahahaha...

pokok pangkal nya, hati beb!hati.hahahaha.. lunch hour. semua orang keluar makan. tinggal lah aku keseorangan menanti kehabisan waktu. seperti Nobita yang menanti Doremon mengeluarkan pam masa untuk disalahgunakan oleh Encik Nobita. Kesian kat Doremon kan? selalu kena buli dengan Nobita. Walaupun Nobita selalu kena buli dgn Giant & Suneo, tapi Nobita lagi banyak kali buli Doremon. Yela, bayangkan, Doremon nak dating dengan Mimi(awek Doremon la) pun tak dapat. Mana tak nye, Nobita asyik mintak tolong Doremon je. Bukan nak usaha sendiri Nobita tu. Ala.. nak dijadikan cerita, kalau Nobita pandai berusaha, cerita Doremon tak wujud la. Maka, tak ada lah orang yang obses dgn Doremon macam aku. ttteeetttt....hahahaha.

Cerita pasal Doremon ni kan, ttbe teringat masa birthday party aku. Tak ingat umur aku berapa
time tuh. tapi around 5 atau 6 tahun la.. Time tuh mmg obses dgn Doremon tahap gaban. Gile punye obses. Sampaikan kalau boleh, nak dapat kan sebijik patung Doremon yang paling besar. Tapi, sebab kami time tuh bukanlah family yang terlalu kaya gamaknye. So kalau bab2 patung mematung nih, mak aku mmg berkira sikit. Bukan sikitlah. Mmg banyak gile syarat kalau nak beli patung@teddy bear. Yang aku ada time tuh, hanya lah seekor teddy bear warna grey pemberian Pakcik Wahab. * aku rindu saat tu!... Bukan ke tadi nak cerita pasal birthday party aku? Ok.Back to normal Nodh!wake up. hahahaha. Nak dijadikan cerita, da obses gile punye gaban, mak aku pn belikan aku satu bijik kek yang mempunyai satu muka DOREMON!


thanks Google. sebijik kek aku!

Amek kau! mmg heaven gile time tuh. rasa macam aku sorang yang ada mak yang sayang aku. orang lain mak dia tak sayang dia sebab mak diorang tak ada belikan kek doremon besar macam aku punye. hahahaha.. Cam biasalah, da kata pun birthday party. of course la ada main potong2 kek kan. mana ada main potong2, mmg kena potong lah kek tuh. Nak tak. aku menangis tak nak bagi kek tuh kena potong.
Alasan? nanti Doremon mati kalau kena potong. Bodoh tak time aku kecik dulu? Doremon mmg tak hidup pun lah Nodh! *ok kau dimaafkan sebab kau berumur di bawah umur kanak2 yang mumaiz & kau tergolong dlm golongan kanak2 comel. so, kau di kira bijak, Nodh.hahahaha..

Jap2. aku baru perasan, title aku LUNCH HOUR. asal aku cerita pasal DOREMON? ok. kau boleh nyah dari sini sebab lunch hour kau da abes Nodh. Nyah kau!hahahahaha


ihsan Google
*aku suke pintu kemana sahaja Doremon. kalau nak g Singapore, tak yah susah2 buat pasport. gune je pintu tuh.hahahaha

Sunday, December 05, 2010

Rapunzel Vs Hercules

Today is Sunday. Tomorrow is Monday. Tomorrow have to go to work. But then on Tuesday, will be public holiday. ah sudah kau! jangan nak berspeaking2 London pulak kat sini. hahaha.

Lusa cuti! yeay! http://www.emocutez.com sebab Awal Muharam. so, esok nak puasa sunat. Lusa jugak.. lalalalalla..

eh. ape kena mengena cuti dengan tajuk entry? ok. tak ada kena mengena. Tajuk terhasil sebab wawa sedang menonton Dongeng - Rapunzel. cerita cinta dari seberang yang terlalu di agungkan oleh sesetengah pihak tu lah! hahahaha. Sementara itu, aku nak menonton Hercules kat tv2. hightlight SEMENTARA please...hahahaha. Pada aku, baik aku tengok cerita Hercules drpd Rapunzel celup tuh.hahaha.. teeetttt.... sebenarnya, aku da naik muak dgn salah sebuah stesen tv yang terlalu memperbanyakkan cerita dari seberang tu.. mungkin diorang punye pemegang saham pn dari sana tak? sebab tu nak sangat cerita2 dari sana banyak tambah2 lagi bila cuti sekolah da start. http://www.emocutez.com

tadi ada pegawai dari Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia call aku. dia tanya CGPA aku berapa. kenapa ek? dia nak panggil aku keje kat sne ke? hahahaha. kau jangan nak berangan la Nodh. cgpa tak sampai pn ANC, ada hati nak dpt kerja best2. hahahaha .. biarlah.. biarkan sekali sekala Nodh ni berangan .. ape salah nye.. kan dapat memberikan dia semangat utk dpt kerja yang lebih baik dr sekarang ni. hahahahaha..http://www.emocutez.com

Saturday, December 04, 2010

Convocation

Tanggal 26hb Nov 2010 yang lepas, maka dengan ini, Nadiah Binti Mohd Noor Aini secara rasminya telah menjadi seorang pemegang amanah raya. eh salah2. Seorang Pemegang Segulung Diploma Pengurusan Pelancongan. Selama tiga tahun berpenat lelah mendaki gunung. eh salah lagi. setelah penat mendaki tangga2 yang terlalu rendah gamak nya di UiTM Kampus Lendu, Melaka, akhirnya, berjaya menggenggam segulung Diploma. Walaupun hanyalah sekadar Diploma, berjaya jugak tau! hahaha.. InsyaAllah, beberapa tahun yang akan datang, Ijazah bakal menyusul.. InsyaAllah..

Jari masih berinai hasil dirisik orang. tteeeetttttt...hahahahha

Credit to Adol
Thanks to Mak, Abah, Adi & Wawa.
Cheese.. Keju..
Adi
Wawa
Angah
Thanks a lot Mak, Abah. For Angah, even though you are not there, we still remember you.
http://www.emocutez.com

Selamat Pengantin Baru, Cousin!

Salam semua.. Selamat Petang. hep.still petang. kalau malam kan korang da nak tido. sekarang ni still petang la. sebab korang tak tido lagi. *perhatian., pada waktu entry ini dicreate adalah pada jam 8.46pm.

Lama sangat tak update cerita kat sini.. rindu pn ada nak menaip panjang2. tapi, apa kan daya. masa tak mao kawan dgn aku.hahahaha. kau sengaja bagi nak bagi cakap kau seorang pekerja yang berdedikasi sebagai alasan kau tak update cerita kan Nodh? mmg pn.. *monolog sendirian berhad.

Beberapa Hari Kebesaran aku terlepas nak upload picture. So sebab da lama sangat terperuk di dalam kamera gambar2 ni, maka dengan itu, cerita2 tersebut di anggap telah basi.

Maka, entry baru ini adalah untuk cerita yang belum nak basi lagi.
Tanggal 21hb Nov 2010 yang lalu, telah termaktublah, aku, Nodh menjadi milik kepada seseorang. hep2! jangan kau nak berangan Nodh Sape nak kat kau? hahaha.
Bukanlah. im still single but not sure whether still available or not. tttteeeetttttt.. nyah kau dari sini Nodh.

Yela2 nak cerita la ni. 21hb Nov 2010, termaktublah cousin ku yang seorang ni telah menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang kini bergelar seorang suami. *korang perasan tak. aku banyak guna ayat SEORANG? ok. lupakan kalau tak perasan. aku pn tak ada masa nak bagi korang assignment suruh check balik ayat aku.

Cousinku, Cik NurFarhana telah pun sah bergelar Puan Mohd Rasid. Ok. nama tu tak termaktub dalam kad pengenalan. Maka beliau telah pun sah bergelar Puan NurFarhana. Mohd Rasid tuh sape? Husband dia la.. Sape lagi.. tak kan la husband aku. oopppsss! bukanlah.hahahaha..

Ha.. tengoklah gambar. penat tangan menaip ni. cewah! kau ingat kau typist? pergi kau.

we don't have enough money to have DSLR so whatever.so this picture was snapped by my sister from her Sony Ericsson ....errr. i don't remember what type of Sony it is.

i looked very happy isnt?

me, my angah, abang Rasid and along Yana


cake time

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
last but not least..

comel kan aku?hahaha! ambil berkat douh..

By the way Along, Semoga Berbahagia ke Anak Cucu. http://www.emocutez.com

Friday, November 12, 2010

Melampau Terlampau

salam.. lama sangat tak menaip kat sini.. entah kan ada yang mengikuti atau tak. mungkin ada? siapa yang tahu. tuah ayam ada pada kaki. tuah manusia? pada Hang Tuah mungkin? Hang Tuah sudah lama tiada . kalau nak kenal Hang Tuah juga, sila menonton cerita Hang Tuah. ala.. yang P Ramlee berlakon tu.. ok. tak nak tengok cerita tu. tak best. baik tengok Bujang Lapok. lagi best. ah kau. nak jadi pengomen cerita pulak. ini bukan nye belog movie la!

da lama tak online? memang pn.. da tak ada berukband. memang la tak online. sekarang balik dari kerja, dok ngadap tv. pastu malam sikit, bukak laptop. main turtle odessy. best woo.. tapi asyik kehabisan nyawa je.. so kesimpulan yang ada, suruh adi yang tolong mainkan sampai menang. main tipu? mana ada! tu nama nya, menggunakan kesempatan yang ada la!

Kerja? jangan ditanya soalan maut itu! sekarang sedang menaip training reminder utk training isnin ni. sambil menaip utk client, sambil menaip utk belog. kenapa sekarang boleh menaip utk belog? dulu kenapa tak menaip? sebab harini bos tak ada! yes!. harini je la.. hari lain ada lagi.. so tunggu akan datang, baru belog ini akan di update lagi.hahaha..

oh! bos hampir pulang. *nak habiskan ayat tak reti. babai!

Saturday, July 10, 2010

WEEKEND

Apa yang saya sangat suka mengenai weekend?
1. Boleh bangun lambat *bukan lambat sampai ke tengah hari lah!
2. Boleh menonton televisyen sampai lebam
3. Boleh tidur pada waktu malam.
4. Tak payah memikirkan mengenai pekerjaan yang semakin menimbun di office tersebut
5. Boleh menghabiskan menonoton semua cd cetak rompak yang telah dibeli di pasar malam
6. ..... byk lagi. Jadi sila melistkan sendiri kerana saya tahu anda juga menyukai weekend


Thursday, June 24, 2010

BERIBU-RIBU TAHNIAH

Kepada semua kawan-kawan saya yang dapat further degree dlm course yang anda semua mintak, beribu-ribu tahniah saya ucapkan. Walau pun kalian kata saya bertuah sebab dapat sambung jugak walaupun bukan dalam course yang sama, terima kasih saya ucapkan sebab cakap saya bertuah.
Apabila kalian kata saya tak reti menghargai peluang yang ada, sila berfikir semula kerana jika perkara yang sama berlaku pada kalian, dalam situasi yang sama dengan saya, apa yang akan kalian laksanakan?

Mungkin kalian masih berkeras dengan keputusan kalian iaitu nak sambung jugak. begitu dengan saya. Saya juga berkeras dengan keputusan saya.

Aku sayang korang.. Good Luck semua. Nanti ada degree jangan buat-buat tak nampak aku yang tak ada degree ni eah.
http://www.emocutez.com

UPDATE

testing. testing. 1,2,3..hello. hello... adeh.. berhabuk suda blog ini. Banyak cerita yang mahu diceritakan. Tapi masa amat mencemburui saya. Eh.eh Ke saya yang tak reti menghargai masa? Ok. Ok. salah saya. Wahai Encik Masa, maafkan saya kerana menyalahkan kamu..
http://www.emocutez.com
Update terbaru :

saya dah 2 minggu bekerja di tempat kerja yang baru. GDP Training & Resources. Kepada semua syarikat yang ada enquiry utk buat training, sila menghubungi kami di talian.... *sila search sendiri. hahaha. saya tak mahu promote disini. Saya tak dibayar untuk menjadi promoter GDP Training & Resources.
Ramai yang tanya saya " kenapa ambil kerja sales and marketing? awak kan student tourism management." kepada semua yang bertanya.. Tourism mempunyai skop yang sangat luas. Tak semestinya belajar tourism kena jadi Tourist Guide, bekerja di Travel Agency sahaja ye. Saya tegaskan sekali lagi, TOURISM MEMPUNYAI SKOP YANG SANGAT LUAS. Saya percaya semua bidang mempunyai skop yang terlebih luas juga. So janganlah dipersoalkan kenapa kami tak berada di bidang yang kami pernah pelajari.
Berbalik kepada kerja saya, so far saya kat sini, saya ok. Saya tak tension. Saya suka ;p

Saya dapat tawaran sambung degree:

Program : (OM224) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis (Kepujian)
Kampus : UiTM Puncak Alam.


Saya mungkin pernah menyuarakan yang saya minat dengan event management. Tapi setelah ditolak tambah semua perkara, saya rasa saya harus mengetepikan minat saya. Maka dengan itu, saya memilih untuk meneruskan keminatan kepada Tourism Management.
Tapi.... tawaran yang diberikan sangatlah mendukacitakan hati saya. Saya bersyukur dengan peluang ini. Mungkin tak ramai yang mendapat peluang sebegini rupa. Tapi saya tak minat dah!
http://www.emocutez.com
Maaf UiTM. Saya berterima kasih kepada tawaran anda.

Setelah berbincang secara empat mata dengan beberapa pihak. Eh tak. tak. Bukan empat mata. Sebenarnya banyak mata.Hehe. Maka dengan itu, saya membuat keputusan....

Erm...belum sehabis putus lagi sebenarnya.Undian untuk anda kepada saya adalah dibuka sekarang. Sila hantar undian anda dengan cara " sila pergi " atau " pergilah kau" ke 33399. Eh. Eh. bukankah ayat kedua2 tersebut sama? Hahaha. Biarkan. Biarkan ia berlaku. *Apa kau dah mengarut ni Nodh?

Ok lah. Saya nak makan + iron baju kerja + tengok tv(bukan tengok bola k. Saya tak minat menonton orang yang ramai mengejar bola yang sebiji. Oppsss. Maaf para peminat bola)
Oh jangan lupa ye..Sila lah hantar undian anda.....
*eh budak ni tak habis lagi rupanya.


Wednesday, June 09, 2010

Last Day

Hari terakhir saya di Sushi Department AEON Jusco Bukit Indah. Tak banyak gambar yang mampu saya snap disini kerana saya telalu segan. Haha.
Saya dan Echa from Delica. Nak discount? Ha.. Datang Jusco jam 9malam dan ke atas. Dapatlah discount. Hehe

Saya dan Zida. Beliau yang mengajar saya untuk membuat roll set. Hehe. Dia yang sangat bersabar bila saya asyik banyak tanya bila tak faham.

Atikah dan saya. Dia orang pertama yang menegur saya ketika saya mula-mula masuk ke department ini. Mengajar saya membuat Individu Sushi. Blurr untuk kali pertama sebab tak tahu nama-nama sushi. Hehe.

Ni nama nya ORANG KUTUB UTARA yang sesat di Malaysia yang panas terik. Zida dan Atikah yang bersabar dengan saya apabila saya cakap : " Untuk kali terakhir, tunaikanlah hasrat hatiku untuk bergambar dengan baju eskimo ini." Haha. Maka mereka pun layan jelah..

To all Sushi Department Staffs, Terima Kasih yang teramat banyak sangat kerana pengajaran dan juga kesabaran anda semua mengajar saya yang susah untuk memahami sesuatu perkara dengan jayanya. Anda telah memberikan saya pengalaman yang akan saya simpan didalam kamus hidup saya dengan baik. Akan saya simpan dan sampul ingatan itu supaya tak hilang. Again, THANK YOU SO MUCH!

Monday, May 31, 2010

BILLIONAIRE

IF WE EVER MEET AGAIN

What's somebody like you, doin in a place like this?
Say, did you come alone, or did you bring all your friends?
Say, what's your name, what you drinking
I think I know what you're thinking
Baby what's your sign, tell me yours I'll tell you mine
Say, what's somebody like you doing in a place like this?
(1, 2, 3, 4)

CHORUS:
I'll never be the same - if we ever meet again
Won't let you get away - said if we ever meet again
This free fall's, got me so
Kiss me all night don't ever let me go
I'll never be the same
If we ever meet again

Say if we ever meet again

Do you come here much? I swear I've seen your face before (before, yeah)
Hope you don't see me blush, but I can't help but want you more, more
Baby tell me what's your story
I ain't shy, don't you worry
I'm flirtin with my eyes, wanna leave with you tonight
So do you come here much, I gotta see your face some more, some more

Cuz baby

CHORUS:
I'll never be the same - if we ever meet again
Won't let you get away - said if we ever meet again
This free fall's, got me so
Kiss me all night don't ever let me go
I'll never be the same
If we ever meet again


If we ever meet again
I'll have so much more to say (if we ever meet again)

If we ever meet again
I won't let you go away (said if we ever meet again)

If we ever ever meet again
I'll have so much more to say (say if we ever meet again)

If we ever ever meet again
I won't let you go away

CHORUS:
I'll never be the same - if we ever meet again
Won't let you get away - said if we ever meet again
This free fall's, got me so
Kiss me all night don't ever let me go
I'll never be the same
If we ever meet again

I'll never be the same - if we ever meet again
Won't let you get away - said if we ever meet again
This free fall's, got me so
Kiss me all night, don't ever let me go
I'll never be the same
If we ever meet again

Wednesday, May 26, 2010

INTERVIEW

Esok saya akan menghadiri satu temuduga untuk pekerjaan Sales Admin Clerk. Bunyi macam biasa je kan? Saya tak kesa lah bunyi pekerjaan ni mcm biasa je pun.. Sebab misi utama saya sekarang ni, saya nak timba pengalaman. Lagipun, sekarang ni saya rasa saya nak fokuskan pada bahagian SALES and MARKETING. Bagi saya bidang ni paling mencabar sebab masa belajar, subjek ni la yang paling saya malas nak study dan malas nak masuk kelas. Oh, boleh pula begitu? Sorry Madam Chew..hehe..http://www.emocutez.com

ok2. Doakan saya berjaya!

MyEm0.Com

Tuesday, May 25, 2010

Sudah! Cukup!

Saya bukan nak mengungkit. Tapi sila sedar diri awak siapa sebelum awak memburukkan orang yang telah pernah berjasa dengan awak ok. oh ya. Kepada kawan awak yang terlalu baik dengan awak tu, jangan lupa dan jangan ingat saya tak tahu awak yang pemberi maklumat dan juga awak yang gunting dalam kain yang baru nak dilipat.
Yang sebenarnya, saya betul-betul tak tahu apa masalah mereka yang sebenar-benarnya.
Asal ada je entry yang berkaitan, mula lah nak over excited terasa. padahal saya bercakap mengenai orang lain. it is not only u yang aku jadi silent reader ok. semua blog ok. SEMUA blog sekali lagi aku tegaskan, SEMUA blog aku jadikan sebagai diri aku silent reader. ada paham perempuan perasan? Macam mana aku boleh tau kau terasa dengan entry aku? Bila aku bce blog kau yang mengatakan kau mempunyai silent reader yang menggelabah ada orang meniru blog kepunyaan beliau. What the Fuck la kau! itu entry aku la bengong! Aku tak tujukan kat kau apesal kau nak tuju kat aku lak? Jangan kate aku je yang jadi silent reader kau. Kau pun same la perempuan !PPUUUIIIHHH!!! Cakap orang. Dia lagi melebih. Dan macam mane kau tahu aku tukar url? of course la kawan gunting dalam kain lipatan kau yang bagitau sebab kawan gunting kau tu je yang boleh view info aku kat facebook kan? Dengan cara kau, jangan sampai berlaku nya satu laporan polis yang dibuat oleh aku atas sebab menceroboh hidup orang ok.

kau mesti akan bace entry ni. so memang aku nak bagi kau terasa dengan entry ni perempuan. terlalu jelik nak sebut nama kau. ingat, siapa yang delete siapa dulu. then siapa yang cari gadoh dengan siapa dulu. so aku mempunyai hak untuk melaksanakan laporan tersebut, ada paham perempuan?



*kepada reader yang lain, maaf diatas keterlanjuran ayat saya dalam entry kali ini. saya terlalu marah dan terlalu sakit hati setelah diperlakukan sebegini rupa oleh orang yang saya masih anggap rakan tapi menjadikan saya semakin tidak mempercayai wujudnya rakan yang sejati di dunia ini.

NAMA SAYA RAIN

Nama. Ada apa pada nama? Of course la pada nama ada huruf. Pada huruf ada kosa kata. Pada kosa kata ada perkataan. *betul ke perjalanan ayat saya ni?err..err..no komen.

Pada awal perkenalan, di setiap tempat, saya akan memperkenalkan diri saya sebagai NADIAH. Then, bila saya rasa saya boleh sesuaikan diri saya dengan tempat tersebut, maka saya akan memberikan nama GLAMOUR saya kepada mereka. Nama glamour?apa kau ingat kau artis ke?..err..bukan.bukan. Saya bukan artis ye. Saya hanyalah insan biasa. haha. Back.Back. Ok, semua kawan saya akan panggil saya dengan panggilan nama NODH. Saya suka nama itu. Sangat-sangat suka. Even kalau boleh saya nak bf saya panggil saya dengan panggilan itu. Hep.Hep. Tak boleh. Nanti tak ada keistimewaan *beliau yang kata la. Bukan saya.

Semenjak saya mendapat pekerjaan sebagai Sales Assistant di Jusco Bukit Indah, saya dipanggil dengan satu nama yang saya tak suka. Sebenarnya dari dulu saya tak suka dengan panggilan ini. Saya da memperkenalkan dah nama Glamour saya kepada mereka. But then they still call me with that name. Oh Tuhan, tolonglah berikan mereka kekuatan untuk memanggil saya dengan panggilan NODH. Saya da suruh mereka panggil saya dengan panggilan NODH. Tapi mereka still panggil saya dengan panggilan DIYA. *wtFun?

Saya tak berapa nak suka dengan panggilan itu. Nak tahu kenapa? Sebab panggilan tu terlalu lembut; bagi saya. Saya membayangkan seseorang yang dipanggil dengan nama DIYA merupakan seorang yang sangat AYU, sangat BERSOPAN SANTUN, sangat BERTATASUSILA. Tapi itu bukanlah saya. Saya bukanlah seorang yang ayu. Saya bukanlah seorang yang terlalu bersopan santun. *nampak tak ayat ini?ini menunjukkan bahawa saya masih lagi seorang yang bersopan santun walaupun sedikit ye kawan-kawan. err.. Next....Saya rasa mereka tak boleh menyebut panggilan itu ataupun mereka memang tak mahu memanggil saya dengan panggilan itu. Mungkin mereka mahu saya menjadi seorang yang sangat ayu. Oh?? Itu amat kelakar. Sila gelak ye kawan-kawan. Saya mahu anda membayangkan saya yang lasak menjadi seorang yang ayu..Ok. Mari bergelak beramai-ramai. http://www.emocutez.com

Saya tak kesa kalau mereka nak panggil saya dengan panggilan NADIAH. Tapi mungkin nama itu terlalu panjang jadi mereka prefer panggil saya DIYA. Tapi, kalau nak bandingkan DIYA dengan NODH, Nodh lagi pendekkan? ok. Saya tak faham ape masalah mereka.

Tapi walau apa pun, i dont mind.. It is up to them to call me with any name. Oh boleh begitu pula? Tak kesahlah. Asalkan mereka panggil saya dengan nama. Bukan panggil saya dengan panggilan "HOI, OI, BUDAK, KAU" or whatever yang menunjukkan seperti saya tidak mempunyai nama. Walaupun dengan panggilan DIYA, saya redha.
http://www.emocutez.com

CUKUP INDAH by ALIFF SATAR

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi
Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai


anak bulu saya

Janggut menayangkan muka beliau sebelum keesokan hari telah menemui ajal


Snek yang sempat dimakan oleh Jangut sebelum menemui ajal beliau

Saya rasa macam da lama saya tak update blog ni.. Rasa macam seminggu sekali baru nak update. Da tu, tiap ari Selasa baru sempat nak update pula tu. Biasalah.. Saya ni pekerja swasta, so cuti bukanlah pada hari Sabtu dan Ahad dan cuti-cuti umum..*oh..saya rindu untuk bercuti dan berjimba untuk jangka masa yang panjang..
1stly, nak cerita pasal kematian anak bulu saya.. Memang saya dah post kat entry before ni.. Tapi tak ada gambar bagi membuktikan kematian beliau.. Nak cerita bagaimana kematian JANGGUT boleh berlaku..
Saya baru pulang dari tempat kerja dalam keadaan yang amat penat sebab terpaksa balik menaiki bas. Mak dan Abah ke Melaka hantar Angah balik KMM. Saya menunggu bas dari jam 6 petang hingga 8 malam! Bayangkan bagaimana keadaan saya yang berada di tepi jalan tanpa kewujudan station bus! Saya nak menangis waktu tu juga sebab penat sangat berdiri tanpa melakukan apa-apa selama 2 jam tanpa henti.*memanglah tanpa henti. Waktu mana pernah berhenti. Hanya manusia yang berhenti mengejar waktu. Oklah, berbalik kepada cerita zaman sekarang, saya akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Maka dengan itu, saya kembali melintas jalanraya yang begitu menakutkan dengan selajunya*saya seorang yang penakut untuk melintas jalan. Lebih baik saya meniti tangga jejantas daripada saya melintas jalan. Saya memang pengguna yang berwibawa. Saya ke tempat teksi lantas bertanyakan harga tambang teksi untuk pulang ke rumah. Berikut adalah dialog antara saya dan pakcik teksi tersebut :

Ms N: Pakcik, nak pergi Gelang Patah
Uncle T: Gelang Patah kat mana?
Ms N: Leisure Farm
Uncle T: RM35 dik
Ms N: *mahal gile? padahal daripada Bandar Jb nak ke Gelang Patah pun baru RM 30. (saya berkata dalam hati je bagi mengelakkan sebarang kejadian tak baik berlaku sekiranya saya melawan) Oklah..Bolehlah..
Uncle T: Ok jom

*****************************************
(sesampai dirumah)

Saya masuk ke dalam bilik seterusnya saya meninjau keadaan anak bulu saya. Ok. Mereka dalam keadaan yang baik.. Bubu sedang berangan di gelung beliau. Manakala Janggut sedang tidur di sebelah bekas makanan. Saya seterusnya mempunyai niat untuk mengambil Bubu. Nak ambil Janggut susah sikit sebab Janggut lari laju berbanding Bubu. Apabila saya nak ambil Bubu, Janggut tak bergerak.*ok para pembaca(kalau saya ada pembacalah) sila baca ayat seterusnya dalam keadaan suspen. Lagi bagus kalau ditambah dengan alunan muzik yang mendebarkan.
Saya mencuit Janggut. Tak bergerak! Saya sentuh beliau. Keras! Dadaku berombak kencang. Laluan darahku dah berserabut, Alunan nafasku sudah tak searus.
MAKKK!!!! JANGGUT DAH MATI!!! Saya menjerit dengan sekuat hati tanpa menghiraukan keadaan jiran sekeliling kerana pada saya waktu itu, yang ada dalam dunia saya hanya SAYA, BUBU, dan JANGGUT. SAya terus menangis teresak-esak seperti baru kehilangan seorang suami yang amat saya cintai.*saya masih belum bersuami ok. sila highlight ayat SEPERTI.
Mak masih belum bergegas ke bilik saya. Adik saya, Nazurah seperti tidak mendengar teriakan Asia Tenggara saya. Mengapa teriakan Asia Tenggara? Kerana bagi saya teriakan yang saya hasilkan mampu memecahkan gegendang telinga seluruh umat Asia Tenggara.
Saya da rasa seperti ada yang tak kena. *there must be something.cewah2 nak berkata-kata omputih pulak!. Saya terus keluar daripada bilik ke meja makan untuk menuduh adik saya yang menjadi sebab Janggut mati. Tuduhan saya berasas! Nazurah mengaku sambil teresak-esak menangis menyatakan kekesalan beliau. Sebaik sahaja saya mendengar pengakuan beliau, semakin kuatlah teriakan Asia Tenggara saya. Abah yang sedang tidur pun turut bangun bagi menyaksikan adegan KUCH KUCH HOTTA HAI saya dan Nazurah beserta Mak juga. *sila memikirkan sendiri mengapa adegan kuch kuch hotta hai.
Abah seterusnya memarahi Kucing yang telah menyebabkan kematian Janggut. Oh, saya terlupa menceritakan penyebab kematian Janggut. Beliau telah di GIGIT dengan rakus serta telah di baling-baling oleh seekor haiwan kepunyaan adik saya iaitu KUCING ataupun nama glamour beliau ACAK. inilah beliau yang bernama ACAK
Setelah kesedihan saya beransur hilang, saya telah menyiapkan segala perkakasan untuk pengkebumian Janggut.
Jenazah Janggut

Sewaktu hendak dikebumikan
Kepada Janggut, Mama sentiasa sayang kamu sayang.......

Thursday, May 20, 2010

READY

after complete menggodeh my blog, so I want to prepare myself to go to work!
night shift so I can berasmaradana while working.
It is not as tired as morning shift.huuu...;p

HATI YANG KAU SAKITI

Beliau mungkin tak pernah sedar yang saya selalu sakit hati dengan beliau. Walaupun saya tahu saya lagi banyak buat beliau sakit hati, tapi saya akan meminta maaf. Tapi beliau? Nak tunggu saya cakap yang saya sakit hati baru beliau akan menyedarinya.. Kepada AWAK, saya sayang awak tau. Tapi hati saya selalu sakit dengan cara awak..

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis…
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah….
Kau sakiti…

Tuesday, May 18, 2010

MOOD

Tak mempunyai mood untuk menulis dan membebel. Tapi terlalu banyak cerita yang mahu dikongsikan..Nanti lah. Bila saya da hilang segala penat membuat sushi ni, saya akan menulis segala entry yang telah di draft kan..

Thursday, May 13, 2010

da ok da..

terima kasih yang amat banyak kepada cik FARA AZMI kerana membantu saya memperbetulkan blog ini.. ;p

Monday, May 10, 2010

akan merindui kamu sayang

bukan kah saya pernah membuat entry berkenaan anak bulu saya?
hmm.. ingin saya memberitahu disini bahawa anak bulu saya yang sekor da pergi mengadap Ilahi..
Janggut da pergi meninggalkan saya dan kami semua. Saya bakal merindui dan akan sentiasa merindui beliau..

JANGGUT, MAMA WILL MISS U SAYANG.. MOGA KITA BERJUMPA DI ALAM SANA YE SAYANG...

Bukan salah siapa2 Janggut mati.. Dah memang takdir Janggut untuk pergi dan menunggu saya disana.

Thursday, April 29, 2010

JANGAN TERLALU MEMILIH

Semalam saya ada mendapat satu panggilan interview di sebuah shopping complex. Seperti yang saya coret di entry sebelum ini, yang saya nak cari kerja tu..;p
Beliau bertanya sama ada saya masih berminat untuk pekerjaan tersebut ataupun tidak. Saya mestilah jawab berminat. Da tentu-tentu saya tak ada kerja, apa yang datang, jangan ditolak. Sama juga seperti makanan. Jangan di tolak apa yang di beri oleh orang. Nanti diri sendiri yang tak dapat rasa makanan tersebut.*ok kawan2. itu bukan peribahasa.

Kebetulan. malam semalam saya dan emak, angah dan adik bongsu saya, wawa, ke pekan Gelang Patah. Asalah nak buat something sikit.. Saya sambil2 tu, bersiar2 la sambil mencuci mata dengan membaca Job Vacancy yang ada di salah sebuah klinik disini. oh. ada kerja kosong!

Saya dengan pantas terus memasuki klinik tersebut. Saya pun bertanyalah mengenai kerja tersebut. Beliau kata mmg kosong lagi. Saya rasa nak apply lah. Maka dengan itu, saya tnya la kalau2 nak ada sijil atau diploma yang berkaitan dengan perubatan. Beliau menjawab
" tak ada kelulusan apa2 pun dik. tapi awak yang ada Diploma tuh, tak kesa ke keje sebagai pembantu klinik je?"
ayat beliau amat menghiris kalbu seperti ketika sedang menghiris bawang. Seperti mendayu2 hatiku ketika beliau berkata begitu. Saya dengan pantas menjawab
" kak, saya tak kesa pun dengan diploma ni*walaupun kesa sedikit* saya nak pengalaman je kak. sng nanti nak keje yang lain"
ok. itu mmg hasrat sebenar saya. Saya tak kesa pun kerja apa pun yang saya apply. Saya hanya mahukan PENGALAMAN.

Look..kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana anda-anda yang terlalu memilih pekerjaan, maka kami yang tak memilih pekerjaan turut merasakan tempias diatas perbuatan anda.

Tadi, saya ke interview yang telah ditetapkan. Si panel bertanya kpd saya " Awak ada Diploma, tapi kenapa awak nak kerja ni?" saya sekali lagi seperti cerita di atas menjawab " Saya merupakan graduan yang tak pernah keluar untuk mendapatkan pengalaman bekerja sepanjang saya belajar. Jadi, kalau saya menggunakan Diploma untuk memohon pekerjaan yang besar pangkatnya, agak susah untuk saya mendapat pekerjaan tersebut. Jadi, saya start dari bawah. Saya mulakan dengan yang susah. Baru jumpa yang senang"

Saya tak pasti sama ada jawapan saya adalah betul ataupun tidak. Saya juga tak pasti sama ada jawapan saya merupakan jawapan yang sesuai ataupun tidak. Tapi itu merupakan sebab utama saya memilih pekerjaan ini.

Selain itu, saya ada juga apply di salah sebuah restoran di shopping complex tersebut. Apa yang memeranjatkan saya, semua pekerja di restoran tersebut adalah BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA. Saya tak pasti mereka dari negara mana. Even manager mereka pun BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA.
Kalau benda ni boleh berlaku, kenapa RAKYAT MALAYSIA, GRADUAN drpd IPTA/IPTS mengatakan bahawa mereka masih menganggur selepas tamat belajar? Guys, OPEN YOUR MIND. Kalau korang FRESH GRADUATE, korang rasa ada ke mana-mana syarikat besar/ kecil nak bagi korang kerja yang PANGKAT/GAJI BESAR kalau korang TAK ADA PENGALAMAN? Korang tak yah la memilih kerja sangat. Tak kemana pun DIPLOMA/IJAZAH korang kalau korang tak ada pengalaman bekerja. Kerja yang ciput2 pun, apply je la. Daripada korang duduk rumah, goyang kaki, tengok tv, main game kat facebook, baik lah korang apply kerja kat restoran yang penuh dengan BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA kerja tuh. Untung2 korang boleh ganti manager dia bile dia da balik negara asal dia semula.

saya bukan lah nak nasihat orang. tapi sekali lagi saya cakap, ni pandangan saya sebagai seorang ORANG. Kepada yang masih menganggur tu, JANGAN TERLALU MEMILIH

Tuesday, April 27, 2010

DISKRIMINASI

tadi, saya ke salah sebuah shopping complex bagi mencari pekerjaan, seperti yang saya katakan di entry sebelum ini, bagi mendapatkan nafkah untuk sesuap makanan untk anak bulu saya.hehe

saya try di beberapa kedai/butik. senang cerita, semua jenis kedai yang ada tampal "JOB VACANCY", saya akan masuk n tanya " the job vacancy is still open or not?" *bi saya amat berterabur kan?hehe. ok lah.berbalik kepada jalan cerita sebenar, saya tnye n mereka menjawab " it is still open. tapi kami tak ambil pekerja wanita yang bertudung.kamu mmg bertudung ke?" ouh??itu soalan ape? ok lah. saya mengaku saya mmg la jahat. tak ada lah meutup aurat yang tutup semua.kadang2 bila saya alpa, saya akan terbuka juga. *tapi dikawasan yang tertentu shj.bukan semua kawasan. hehe.

tapi soalan yang mereka ajukan seolah-olah menunjukkan yang kami yang beragama Islam ni, tak berhak mendapatkan pekerjaan kalau pakai tudung. adakah itu bermaksud yang semua yang beragama harus membelakangkan pendirian mereka bagi mendapat pekerjaan?
ini merupakan kali pertama saya try mencari pekerjaan dan ini memberikan saya satu kejutan budaya yang amat budaya!.

lagi satu yang saya nak ceritakan. saya ke satu outlet ni, then mereka kata: " mmg uniform kat sini xpakai tudung. so kalau u nak keje kat sini, u kne la bukak tudung then baru lah u boleh interview. " oh?? itu ape?

saya masih tak puas hati dengan ape yang telah berlaku disini. saya ingatkan, semua bende ni boleh berlaku di luar negara sahaja. kat malaysia pun da berlaku? ape semua ni? kita kan negara Islam. but then kenapa yang Islam harus menjadi bukan Islam untuk mendapatkan pekerjaan?
saya bukan menyalahkan mana-mana pihak. ini merupakan kata hati dan apa yang saya dapat pandang sebagai seorang ORANG.

*maaf andai apa yang telah saya coretkan ini menyebabkan mana2 pihak tak berpuas hati atau merasakan apa yang saya tulis ini adalah tak benar.


Monday, April 26, 2010

anak-anakku

ni la anak-anak saya! saya sayang mereka sangat. mereka merupakan anak bulu saya.haha.heit!jangan fikir yang bukan-bukan ye.hanyalah anak bulu.haha. mereka lah penyebab saya nak bekerja. kerana jika saya tidak bekerja, maka siapakah yang akan menyara mereka? jika tidak, kami akan makan pagi, kais pagi, kais petang, makan petang. ok kawan2 itulah peribahasa pada hari ini ye..;p

ini lah anak bulu saya! BUBU dan JANGGUT


beliau adalah JANGGUT. mana dapat nama seUNIK ni?haha. daripada MOHD SETIA MASWADI la. masa mula2 beli dulu, dia kata : " orang nampak macam dia ada janggut la.kita namakan dia janggut ok?"

ni pula BUBU. nama ni saya yang bagi. tapi, cousin saya, JAMIL panggil BUBU ni, SYASYA. dia kata, nanti bila SYASYA da besar, SYASYA boleh jadi model. angan2 kau terlalu tinggi babe.haha

saya sayang mereka. walau orang kata mereka ni adalah seekor tikus, tapi bagi saya, mereka tikus yang comel. mereka adalah HAMSTER.

setelah mensearch di yahoo! dan google, saya dengan ini menisyhtiharkan bahawasanya, binatang peliharaan saya ini merupakan hamster jenis ROBOROVSKI atau lebih mudah dipanggil sebagai DESERT HAMSTER. mereka juga dikenali sebagai hamster terkecil di dunia. *oh. no wonder la baby-baby saya ni kecil je. MOHD SETIA MASWADI, kita tak perlu risau dgn saiz mereka sbb mereka mmg bersaiz ini..

bagi yang baru nak memulakan penjagaan binatang kecil yang cute ini, mudah je nak jaga. *tapi bergantung pada jenis hamster juga lah kot. bagi saya yang membela jenis DESERT HAMSTER ni, sangat-sangat mudah. just bersihkan sangkar mereka seminggu sekali. tu sahaja. oh ya!perlu di ingatkan. mandikan mereka juga ye. kalau boleh tiga hari sekali. yelah, mereka pun nak mandi juga. xkan manusia je nak mandi. tapi bukanlah dengan memandikan mereka menggunakan air seperti yang selalu kita lakukan kpd diri kita. ada serbuk khas untuk mereka. mereka akan mandi dgn sendiri tanpa memerlukan bantuan kita. mereka pandai berdikari ye!.hehe.

oh ya!makanan mereka. bagi sahaja apa pun. mereka akan makan. tapi time mereka ada mood nak makan lah. kalau anda bagi mereka makan time mereka tgh tak ada mood, jgn haraplah mereka nak makan. hehe. sebaik nya, makanan yang anda beri itu, keras. contoh nya kacang, honeystar, kokokrunch..haa..jangan main2, demanding juga binatang cute ni.hehe.

untuk sangkar mereka, janganlah anda beli sangkar kayu. sangat-sangat x bernasib baik. mereka ni suka menggigit! sebaik nya beli lah yang besi. kalau yang plastik tu lagi baik. lagipun, mmg tak ada yang kayu lagi da sekarang ni.hehe.

oh.barang-barang yang harus anda beli sewaktu membeli binatang cute yang dinamakan HAMSTER ini.:
  1. mestilah HAMSTER nye sendiri.
  2. SANGKAR yang sesuai. kalau baru beli seekor, memadailah beli yang kecil shj. tunggu lah dah beranak pinak, barulah beli yang besar sangkar nya.
  3. MAKANAN yang sesuai. jangan pula beli makanan ikan untuk hamster anda tu. tak masuk akal langsung.
  4. GELUNG MAINAN. mereka sangat sukakan mainan. amatlah memadai sekiranya anda membelikan mereka gelung sahaja. tak perlu yang mahal2..yang gelung 2 in 1 pun da ada sekarang. 2 in 1?? ok2 gelung ini bukan sahaja boleh digunakan didalam sangkar. malah, gelung ini juga boleh dijadikan sebagai bebola bagi anda melepaskan mereka didalam kawasan rumah. tak boleh dibiarkan dilepaskan begitu sahaja.nanti hilang...
  5. HABUK. da kata pun hamster. mereka kan spesis tikus yang comel. habuk kayu ini bertujuan untuk memanaskan mereka selain dijadikan sebagai *BARANG MAINAN mereka. lagi tebal anda letak habuk itu, lagi mudahlah mereka main sembunyi2 dgn anda.
  6. oh! saya lupa sesuatu. jangan lupa beli penyepi kuku mereka ye. ada penyepit kuku khas untuk mereka. comel je..
em..saya rasa itu sahaja barang2 penting untuk anda yang baru hendak memiliki binatang comel ini. HARUS DIINGATKAN, bagi mereka yang alah kepada binatang yang berbulu, JANGAN sekali-kali berangan utk memilikinya. bahaya beb!kang jadi ape2, korang sendiri jugak yang susah..

itu je kot buat masa sekarang ni...nanti bila saya rasa saya nak pelihara binatang yang baru, saya tulis lagi cara penjagaan.hehe...








hari-hari yang mendatang dan telah datang

ouh..saya kebosanan berada di rumah. xtw nak buat ape..kalau masa cuti sem, da set mind sendiri lepas cuti ada assignment kne buat, ada test kne lalui, ada quiz yang harus di terokai. tapi, habis diploma ni, nak buat ape? nak keje..tapi nak keje ape? nak keje yang xpenat boleh tak? tapi jangan harap la ada kan..hurmm... ape nak buat kat rumah ni?ok2 esok lepas hantar wawa pegi sekolah, saya akan ke JUSCO BUKIT INDAH untuk menerokai segala kedai yang ada kat sne untuk mendapatkan kerja bagi mendapatkan sesuap nasi. eceh!ayat nak sadis.ahaha.. plan dgn amber, n cha nak ke GENTING HIGHLAND. tapi nta betol nta x, xtw la budak2 ni. diorang bukan betol pun.hahaha. sorry geng.

semalam MOHD SETIA MASWADI called. saya pun tanya la beliau, "keje kat jusco penat x?jadi cashier penat tak? beliau pun menjawab" mane ada keje yang xpenat..semua keje pn penat. 2 semua kan boleh jadi pengalaman"..
*untuk makluman, beliau adalah bekas pekerja di situ dan beliau adalah salah seorang pekerja terbaik yang mana menjadi idola saya kerana beliau amat komited dgn sebarang kerja yang dilaksanakan oleh beliau..

maka dengan itu, saya pun mengambil keputusan dengan tidak memilih kerja sebagai nadi kehidupan saya. eh.eh. nadi kehidupan?ok.saya juga xberapa nak faham dengan semua ayat yang saya tulis buat masa sekarang ni.
saya dapat merasakan bahawasanya saya sangat tak berapa nak betul sangat dalam keadaan yang teramat bosan ini. oh..berikan daku sebarang entertainment!!

Sunday, April 25, 2010

malas

bila kemalasan melanda diri, maka byk la draft yang tersimpan didalam ini.
ala...nanti la saya update yang terbaru.
*ouh.sumpah banyak..ok2 janji nanti..;)

Wednesday, April 21, 2010

SEREMBAN-JB

walaupun bukan saya yang drive dr SEREMBAN ke JB td, tetapi saya tetap merasakan saya penat.
entry mengenai penghabisan DIPLOMA n HALF NITE bersama kawan2 EX DTM6A akan dipostkan setelah segala kemalasan dan segala kepenatan ini hilang..jumpa di kemudian entry!* oh ayat ini harus dimasukkan ke dalam resume.terlalu professional.ahaha



* sayang..mekasih sebab mendrive dengan baik




Sunday, April 18, 2010

CINTA SAMPAI MATI

saya sangat sayang FAMILY saya. walau ape pn yang berlaku, tak akan ada siapa yang boleh mengapa-apakan FAMILY saya. itu janji saya. ABAH, along SAYANG abah sangat2. MAK, along sentiasa mahukan mak. ANGAH, kita adalah adik-beradik terbaik di dunia ni. ADI, u r the man for this FAMILY. WAWA, jaga diri baik-baik.

Friday, April 16, 2010

pasrah

disebabkan entry ini, ini, sekali lagi ini, maka dengan ini juga, aku telah difitnah dan juga di kutuk oleh seseorang yang amat busuk hati nya! jangan kau lupa, segala entry ini berlaku adalah disebabkan entry kau! aku malas nak gado2 ngn kau.aku sedar siapa aku.tak ada sape akan kate aku yang betol sebab kata2 kau da cukup untuk mengatakan yang aku salah.
dan entry ini yang tak ada kne mengena dgn kau,ttbe kau terasa semakin membuatkan kau panas hati dengan aku kan?padahal sekali lagi aku TEGASKAN, entry tersebut adalah tiada berkenaan dgn kau. yaya taw segala yang berkaitan dengan entry tersebut.kan yaya?

bila ada org tnye,
"nodh,kau gado ngn minah tuh eah?" aku jawab ape? "nta la weyh.aku pn xtw " itu jwpn aku k.

aku xd pn kate yang ko la yang punca segala-galanya. aku xd pn kutuk kau. aku xd memburukkan kau.

malah aku akan kata: " ape yang aku ckp ni, xmungkin sama dgn ape yang dia ckap.so kalau korang nak tw cite dia, tnye la dia.mungkin pada dia, segala yang aku ckp ni xd yang betol."

aku xd pn cakap:"korang xyah la tnye dia.semua yg dia ckp tuh xbetol pn. dia mmg suke buat cerita.ape yang aku ckp ni dr ape yang berlaku" aku xd ckp mcm tuh k. xd n xpenah.

setelah ape yang aku buat, aku xberkata ape2, ape yang aku dapat?

  1. aku diasingkan daripada semua orang.
  2. aku xdilayan oleh semua orang.
  3. semua orang pun pandang aku dgn pandangan yang aku ni sangat jahat.
  4. aku dianggap sebagai kawan yang x boleh nak dipercayai oleh semua orang.

terima kasih kau. atas segala-galanya...aku mintak maaf aku ada buat kau terasa dgn aku o ape2 je la yang kau anggap sebagai salah di mata kau. tapi, aku x mungkin dapat meminta maaf secara bersemuka dgn kau sebab aku da xboleh nak tgk muka kau sekali pun kerana da terlalu sakit hati ni diperlakukan oleh kau.


aku yang ikhlas, sentiasa iklhlas

NADIAH BINTI MOHD NOOR AINI @ nodh_sarayie



Monday, April 05, 2010

JABATAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR



memula masuk JABATAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR, 18 bulan rasa macam lama gile.rasa macam x best je.tapi bile da kenal semua yang ada kat sni, rasa nak kje kat sni. ahaaha. KAK ZAH, nak kje kat sni boleh x? KAK ZAH pun kate: tgk la johordt..
hek3.baik..
terima kasih yang banyak kpd SEMUA KAKITANGAN JABATAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR yang banyak bg nodh experience sepanjang nodh berada kat sni. TERIMA KASIH YANG BANYAK SANGAT.

TERIMA KASIH sekali lagi pada semua;
TUAN HJ JABBAR
EN AZLAN
EN SAFIAN
EN HATTA
EN YAHYA
EN RASHIDI
EN NIZAM
EN AZHARI
EN ZUL
EN AZMI
EN ROHAZALI
PUAN AZIZAH
PUAN SUHAIDA
PUAN RAFIDAH
CIK NAZARINA
CIK NORAZLIN

Friday, April 02, 2010

tak guna



hoi PEREMPUAN JALANG+ TAK GUNA!
kau memang JALANG kan?


Thursday, April 01, 2010

tahap perasan kau sangat tinggi ye.
kau yang cepat terasa dengan post aku.hahahaha.

aku langsung tak cakap pasal kau la MANUSIA PERASAN!

kau da terasa dgn perkara yang TAK ADA KAITAN DENGAN KAU, then kau burukkan aku depan orang kan?
bagus sangat la perangai kau tuh.sangat2 bagus. then semua pn ckp aku jahat kan?

TERIMA KASIH PEREMPUAN!

duhh




rupanya kau TAKUT dengan kehadiran aku

MyEm0.Com