Thursday, June 24, 2010

UPDATE

testing. testing. 1,2,3..hello. hello... adeh.. berhabuk suda blog ini. Banyak cerita yang mahu diceritakan. Tapi masa amat mencemburui saya. Eh.eh Ke saya yang tak reti menghargai masa? Ok. Ok. salah saya. Wahai Encik Masa, maafkan saya kerana menyalahkan kamu..
http://www.emocutez.com
Update terbaru :

saya dah 2 minggu bekerja di tempat kerja yang baru. GDP Training & Resources. Kepada semua syarikat yang ada enquiry utk buat training, sila menghubungi kami di talian.... *sila search sendiri. hahaha. saya tak mahu promote disini. Saya tak dibayar untuk menjadi promoter GDP Training & Resources.
Ramai yang tanya saya " kenapa ambil kerja sales and marketing? awak kan student tourism management." kepada semua yang bertanya.. Tourism mempunyai skop yang sangat luas. Tak semestinya belajar tourism kena jadi Tourist Guide, bekerja di Travel Agency sahaja ye. Saya tegaskan sekali lagi, TOURISM MEMPUNYAI SKOP YANG SANGAT LUAS. Saya percaya semua bidang mempunyai skop yang terlebih luas juga. So janganlah dipersoalkan kenapa kami tak berada di bidang yang kami pernah pelajari.
Berbalik kepada kerja saya, so far saya kat sini, saya ok. Saya tak tension. Saya suka ;p

Saya dapat tawaran sambung degree:

Program : (OM224) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis (Kepujian)
Kampus : UiTM Puncak Alam.


Saya mungkin pernah menyuarakan yang saya minat dengan event management. Tapi setelah ditolak tambah semua perkara, saya rasa saya harus mengetepikan minat saya. Maka dengan itu, saya memilih untuk meneruskan keminatan kepada Tourism Management.
Tapi.... tawaran yang diberikan sangatlah mendukacitakan hati saya. Saya bersyukur dengan peluang ini. Mungkin tak ramai yang mendapat peluang sebegini rupa. Tapi saya tak minat dah!
http://www.emocutez.com
Maaf UiTM. Saya berterima kasih kepada tawaran anda.

Setelah berbincang secara empat mata dengan beberapa pihak. Eh tak. tak. Bukan empat mata. Sebenarnya banyak mata.Hehe. Maka dengan itu, saya membuat keputusan....

Erm...belum sehabis putus lagi sebenarnya.Undian untuk anda kepada saya adalah dibuka sekarang. Sila hantar undian anda dengan cara " sila pergi " atau " pergilah kau" ke 33399. Eh. Eh. bukankah ayat kedua2 tersebut sama? Hahaha. Biarkan. Biarkan ia berlaku. *Apa kau dah mengarut ni Nodh?

Ok lah. Saya nak makan + iron baju kerja + tengok tv(bukan tengok bola k. Saya tak minat menonton orang yang ramai mengejar bola yang sebiji. Oppsss. Maaf para peminat bola)
Oh jangan lupa ye..Sila lah hantar undian anda.....
*eh budak ni tak habis lagi rupanya.


No comments: