Wednesday, June 09, 2010

Last Day

Hari terakhir saya di Sushi Department AEON Jusco Bukit Indah. Tak banyak gambar yang mampu saya snap disini kerana saya telalu segan. Haha.
Saya dan Echa from Delica. Nak discount? Ha.. Datang Jusco jam 9malam dan ke atas. Dapatlah discount. Hehe

Saya dan Zida. Beliau yang mengajar saya untuk membuat roll set. Hehe. Dia yang sangat bersabar bila saya asyik banyak tanya bila tak faham.

Atikah dan saya. Dia orang pertama yang menegur saya ketika saya mula-mula masuk ke department ini. Mengajar saya membuat Individu Sushi. Blurr untuk kali pertama sebab tak tahu nama-nama sushi. Hehe.

Ni nama nya ORANG KUTUB UTARA yang sesat di Malaysia yang panas terik. Zida dan Atikah yang bersabar dengan saya apabila saya cakap : " Untuk kali terakhir, tunaikanlah hasrat hatiku untuk bergambar dengan baju eskimo ini." Haha. Maka mereka pun layan jelah..

To all Sushi Department Staffs, Terima Kasih yang teramat banyak sangat kerana pengajaran dan juga kesabaran anda semua mengajar saya yang susah untuk memahami sesuatu perkara dengan jayanya. Anda telah memberikan saya pengalaman yang akan saya simpan didalam kamus hidup saya dengan baik. Akan saya simpan dan sampul ingatan itu supaya tak hilang. Again, THANK YOU SO MUCH!

No comments: