Thursday, April 29, 2010

JANGAN TERLALU MEMILIH

Semalam saya ada mendapat satu panggilan interview di sebuah shopping complex. Seperti yang saya coret di entry sebelum ini, yang saya nak cari kerja tu..;p
Beliau bertanya sama ada saya masih berminat untuk pekerjaan tersebut ataupun tidak. Saya mestilah jawab berminat. Da tentu-tentu saya tak ada kerja, apa yang datang, jangan ditolak. Sama juga seperti makanan. Jangan di tolak apa yang di beri oleh orang. Nanti diri sendiri yang tak dapat rasa makanan tersebut.*ok kawan2. itu bukan peribahasa.

Kebetulan. malam semalam saya dan emak, angah dan adik bongsu saya, wawa, ke pekan Gelang Patah. Asalah nak buat something sikit.. Saya sambil2 tu, bersiar2 la sambil mencuci mata dengan membaca Job Vacancy yang ada di salah sebuah klinik disini. oh. ada kerja kosong!

Saya dengan pantas terus memasuki klinik tersebut. Saya pun bertanyalah mengenai kerja tersebut. Beliau kata mmg kosong lagi. Saya rasa nak apply lah. Maka dengan itu, saya tnya la kalau2 nak ada sijil atau diploma yang berkaitan dengan perubatan. Beliau menjawab
" tak ada kelulusan apa2 pun dik. tapi awak yang ada Diploma tuh, tak kesa ke keje sebagai pembantu klinik je?"
ayat beliau amat menghiris kalbu seperti ketika sedang menghiris bawang. Seperti mendayu2 hatiku ketika beliau berkata begitu. Saya dengan pantas menjawab
" kak, saya tak kesa pun dengan diploma ni*walaupun kesa sedikit* saya nak pengalaman je kak. sng nanti nak keje yang lain"
ok. itu mmg hasrat sebenar saya. Saya tak kesa pun kerja apa pun yang saya apply. Saya hanya mahukan PENGALAMAN.

Look..kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana anda-anda yang terlalu memilih pekerjaan, maka kami yang tak memilih pekerjaan turut merasakan tempias diatas perbuatan anda.

Tadi, saya ke interview yang telah ditetapkan. Si panel bertanya kpd saya " Awak ada Diploma, tapi kenapa awak nak kerja ni?" saya sekali lagi seperti cerita di atas menjawab " Saya merupakan graduan yang tak pernah keluar untuk mendapatkan pengalaman bekerja sepanjang saya belajar. Jadi, kalau saya menggunakan Diploma untuk memohon pekerjaan yang besar pangkatnya, agak susah untuk saya mendapat pekerjaan tersebut. Jadi, saya start dari bawah. Saya mulakan dengan yang susah. Baru jumpa yang senang"

Saya tak pasti sama ada jawapan saya adalah betul ataupun tidak. Saya juga tak pasti sama ada jawapan saya merupakan jawapan yang sesuai ataupun tidak. Tapi itu merupakan sebab utama saya memilih pekerjaan ini.

Selain itu, saya ada juga apply di salah sebuah restoran di shopping complex tersebut. Apa yang memeranjatkan saya, semua pekerja di restoran tersebut adalah BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA. Saya tak pasti mereka dari negara mana. Even manager mereka pun BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA.
Kalau benda ni boleh berlaku, kenapa RAKYAT MALAYSIA, GRADUAN drpd IPTA/IPTS mengatakan bahawa mereka masih menganggur selepas tamat belajar? Guys, OPEN YOUR MIND. Kalau korang FRESH GRADUATE, korang rasa ada ke mana-mana syarikat besar/ kecil nak bagi korang kerja yang PANGKAT/GAJI BESAR kalau korang TAK ADA PENGALAMAN? Korang tak yah la memilih kerja sangat. Tak kemana pun DIPLOMA/IJAZAH korang kalau korang tak ada pengalaman bekerja. Kerja yang ciput2 pun, apply je la. Daripada korang duduk rumah, goyang kaki, tengok tv, main game kat facebook, baik lah korang apply kerja kat restoran yang penuh dengan BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA kerja tuh. Untung2 korang boleh ganti manager dia bile dia da balik negara asal dia semula.

saya bukan lah nak nasihat orang. tapi sekali lagi saya cakap, ni pandangan saya sebagai seorang ORANG. Kepada yang masih menganggur tu, JANGAN TERLALU MEMILIH

Tuesday, April 27, 2010

DISKRIMINASI

tadi, saya ke salah sebuah shopping complex bagi mencari pekerjaan, seperti yang saya katakan di entry sebelum ini, bagi mendapatkan nafkah untuk sesuap makanan untk anak bulu saya.hehe

saya try di beberapa kedai/butik. senang cerita, semua jenis kedai yang ada tampal "JOB VACANCY", saya akan masuk n tanya " the job vacancy is still open or not?" *bi saya amat berterabur kan?hehe. ok lah.berbalik kepada jalan cerita sebenar, saya tnye n mereka menjawab " it is still open. tapi kami tak ambil pekerja wanita yang bertudung.kamu mmg bertudung ke?" ouh??itu soalan ape? ok lah. saya mengaku saya mmg la jahat. tak ada lah meutup aurat yang tutup semua.kadang2 bila saya alpa, saya akan terbuka juga. *tapi dikawasan yang tertentu shj.bukan semua kawasan. hehe.

tapi soalan yang mereka ajukan seolah-olah menunjukkan yang kami yang beragama Islam ni, tak berhak mendapatkan pekerjaan kalau pakai tudung. adakah itu bermaksud yang semua yang beragama harus membelakangkan pendirian mereka bagi mendapat pekerjaan?
ini merupakan kali pertama saya try mencari pekerjaan dan ini memberikan saya satu kejutan budaya yang amat budaya!.

lagi satu yang saya nak ceritakan. saya ke satu outlet ni, then mereka kata: " mmg uniform kat sini xpakai tudung. so kalau u nak keje kat sini, u kne la bukak tudung then baru lah u boleh interview. " oh?? itu ape?

saya masih tak puas hati dengan ape yang telah berlaku disini. saya ingatkan, semua bende ni boleh berlaku di luar negara sahaja. kat malaysia pun da berlaku? ape semua ni? kita kan negara Islam. but then kenapa yang Islam harus menjadi bukan Islam untuk mendapatkan pekerjaan?
saya bukan menyalahkan mana-mana pihak. ini merupakan kata hati dan apa yang saya dapat pandang sebagai seorang ORANG.

*maaf andai apa yang telah saya coretkan ini menyebabkan mana2 pihak tak berpuas hati atau merasakan apa yang saya tulis ini adalah tak benar.


Monday, April 26, 2010

anak-anakku

ni la anak-anak saya! saya sayang mereka sangat. mereka merupakan anak bulu saya.haha.heit!jangan fikir yang bukan-bukan ye.hanyalah anak bulu.haha. mereka lah penyebab saya nak bekerja. kerana jika saya tidak bekerja, maka siapakah yang akan menyara mereka? jika tidak, kami akan makan pagi, kais pagi, kais petang, makan petang. ok kawan2 itulah peribahasa pada hari ini ye..;p

ini lah anak bulu saya! BUBU dan JANGGUT


beliau adalah JANGGUT. mana dapat nama seUNIK ni?haha. daripada MOHD SETIA MASWADI la. masa mula2 beli dulu, dia kata : " orang nampak macam dia ada janggut la.kita namakan dia janggut ok?"

ni pula BUBU. nama ni saya yang bagi. tapi, cousin saya, JAMIL panggil BUBU ni, SYASYA. dia kata, nanti bila SYASYA da besar, SYASYA boleh jadi model. angan2 kau terlalu tinggi babe.haha

saya sayang mereka. walau orang kata mereka ni adalah seekor tikus, tapi bagi saya, mereka tikus yang comel. mereka adalah HAMSTER.

setelah mensearch di yahoo! dan google, saya dengan ini menisyhtiharkan bahawasanya, binatang peliharaan saya ini merupakan hamster jenis ROBOROVSKI atau lebih mudah dipanggil sebagai DESERT HAMSTER. mereka juga dikenali sebagai hamster terkecil di dunia. *oh. no wonder la baby-baby saya ni kecil je. MOHD SETIA MASWADI, kita tak perlu risau dgn saiz mereka sbb mereka mmg bersaiz ini..

bagi yang baru nak memulakan penjagaan binatang kecil yang cute ini, mudah je nak jaga. *tapi bergantung pada jenis hamster juga lah kot. bagi saya yang membela jenis DESERT HAMSTER ni, sangat-sangat mudah. just bersihkan sangkar mereka seminggu sekali. tu sahaja. oh ya!perlu di ingatkan. mandikan mereka juga ye. kalau boleh tiga hari sekali. yelah, mereka pun nak mandi juga. xkan manusia je nak mandi. tapi bukanlah dengan memandikan mereka menggunakan air seperti yang selalu kita lakukan kpd diri kita. ada serbuk khas untuk mereka. mereka akan mandi dgn sendiri tanpa memerlukan bantuan kita. mereka pandai berdikari ye!.hehe.

oh ya!makanan mereka. bagi sahaja apa pun. mereka akan makan. tapi time mereka ada mood nak makan lah. kalau anda bagi mereka makan time mereka tgh tak ada mood, jgn haraplah mereka nak makan. hehe. sebaik nya, makanan yang anda beri itu, keras. contoh nya kacang, honeystar, kokokrunch..haa..jangan main2, demanding juga binatang cute ni.hehe.

untuk sangkar mereka, janganlah anda beli sangkar kayu. sangat-sangat x bernasib baik. mereka ni suka menggigit! sebaik nya beli lah yang besi. kalau yang plastik tu lagi baik. lagipun, mmg tak ada yang kayu lagi da sekarang ni.hehe.

oh.barang-barang yang harus anda beli sewaktu membeli binatang cute yang dinamakan HAMSTER ini.:
  1. mestilah HAMSTER nye sendiri.
  2. SANGKAR yang sesuai. kalau baru beli seekor, memadailah beli yang kecil shj. tunggu lah dah beranak pinak, barulah beli yang besar sangkar nya.
  3. MAKANAN yang sesuai. jangan pula beli makanan ikan untuk hamster anda tu. tak masuk akal langsung.
  4. GELUNG MAINAN. mereka sangat sukakan mainan. amatlah memadai sekiranya anda membelikan mereka gelung sahaja. tak perlu yang mahal2..yang gelung 2 in 1 pun da ada sekarang. 2 in 1?? ok2 gelung ini bukan sahaja boleh digunakan didalam sangkar. malah, gelung ini juga boleh dijadikan sebagai bebola bagi anda melepaskan mereka didalam kawasan rumah. tak boleh dibiarkan dilepaskan begitu sahaja.nanti hilang...
  5. HABUK. da kata pun hamster. mereka kan spesis tikus yang comel. habuk kayu ini bertujuan untuk memanaskan mereka selain dijadikan sebagai *BARANG MAINAN mereka. lagi tebal anda letak habuk itu, lagi mudahlah mereka main sembunyi2 dgn anda.
  6. oh! saya lupa sesuatu. jangan lupa beli penyepi kuku mereka ye. ada penyepit kuku khas untuk mereka. comel je..
em..saya rasa itu sahaja barang2 penting untuk anda yang baru hendak memiliki binatang comel ini. HARUS DIINGATKAN, bagi mereka yang alah kepada binatang yang berbulu, JANGAN sekali-kali berangan utk memilikinya. bahaya beb!kang jadi ape2, korang sendiri jugak yang susah..

itu je kot buat masa sekarang ni...nanti bila saya rasa saya nak pelihara binatang yang baru, saya tulis lagi cara penjagaan.hehe...








hari-hari yang mendatang dan telah datang

ouh..saya kebosanan berada di rumah. xtw nak buat ape..kalau masa cuti sem, da set mind sendiri lepas cuti ada assignment kne buat, ada test kne lalui, ada quiz yang harus di terokai. tapi, habis diploma ni, nak buat ape? nak keje..tapi nak keje ape? nak keje yang xpenat boleh tak? tapi jangan harap la ada kan..hurmm... ape nak buat kat rumah ni?ok2 esok lepas hantar wawa pegi sekolah, saya akan ke JUSCO BUKIT INDAH untuk menerokai segala kedai yang ada kat sne untuk mendapatkan kerja bagi mendapatkan sesuap nasi. eceh!ayat nak sadis.ahaha.. plan dgn amber, n cha nak ke GENTING HIGHLAND. tapi nta betol nta x, xtw la budak2 ni. diorang bukan betol pun.hahaha. sorry geng.

semalam MOHD SETIA MASWADI called. saya pun tanya la beliau, "keje kat jusco penat x?jadi cashier penat tak? beliau pun menjawab" mane ada keje yang xpenat..semua keje pn penat. 2 semua kan boleh jadi pengalaman"..
*untuk makluman, beliau adalah bekas pekerja di situ dan beliau adalah salah seorang pekerja terbaik yang mana menjadi idola saya kerana beliau amat komited dgn sebarang kerja yang dilaksanakan oleh beliau..

maka dengan itu, saya pun mengambil keputusan dengan tidak memilih kerja sebagai nadi kehidupan saya. eh.eh. nadi kehidupan?ok.saya juga xberapa nak faham dengan semua ayat yang saya tulis buat masa sekarang ni.
saya dapat merasakan bahawasanya saya sangat tak berapa nak betul sangat dalam keadaan yang teramat bosan ini. oh..berikan daku sebarang entertainment!!

Sunday, April 25, 2010

malas

bila kemalasan melanda diri, maka byk la draft yang tersimpan didalam ini.
ala...nanti la saya update yang terbaru.
*ouh.sumpah banyak..ok2 janji nanti..;)

Wednesday, April 21, 2010

SEREMBAN-JB

walaupun bukan saya yang drive dr SEREMBAN ke JB td, tetapi saya tetap merasakan saya penat.
entry mengenai penghabisan DIPLOMA n HALF NITE bersama kawan2 EX DTM6A akan dipostkan setelah segala kemalasan dan segala kepenatan ini hilang..jumpa di kemudian entry!* oh ayat ini harus dimasukkan ke dalam resume.terlalu professional.ahaha



* sayang..mekasih sebab mendrive dengan baik




Sunday, April 18, 2010

CINTA SAMPAI MATI

saya sangat sayang FAMILY saya. walau ape pn yang berlaku, tak akan ada siapa yang boleh mengapa-apakan FAMILY saya. itu janji saya. ABAH, along SAYANG abah sangat2. MAK, along sentiasa mahukan mak. ANGAH, kita adalah adik-beradik terbaik di dunia ni. ADI, u r the man for this FAMILY. WAWA, jaga diri baik-baik.

Friday, April 16, 2010

pasrah

disebabkan entry ini, ini, sekali lagi ini, maka dengan ini juga, aku telah difitnah dan juga di kutuk oleh seseorang yang amat busuk hati nya! jangan kau lupa, segala entry ini berlaku adalah disebabkan entry kau! aku malas nak gado2 ngn kau.aku sedar siapa aku.tak ada sape akan kate aku yang betol sebab kata2 kau da cukup untuk mengatakan yang aku salah.
dan entry ini yang tak ada kne mengena dgn kau,ttbe kau terasa semakin membuatkan kau panas hati dengan aku kan?padahal sekali lagi aku TEGASKAN, entry tersebut adalah tiada berkenaan dgn kau. yaya taw segala yang berkaitan dengan entry tersebut.kan yaya?

bila ada org tnye,
"nodh,kau gado ngn minah tuh eah?" aku jawab ape? "nta la weyh.aku pn xtw " itu jwpn aku k.

aku xd pn kate yang ko la yang punca segala-galanya. aku xd pn kutuk kau. aku xd memburukkan kau.

malah aku akan kata: " ape yang aku ckp ni, xmungkin sama dgn ape yang dia ckap.so kalau korang nak tw cite dia, tnye la dia.mungkin pada dia, segala yang aku ckp ni xd yang betol."

aku xd pn cakap:"korang xyah la tnye dia.semua yg dia ckp tuh xbetol pn. dia mmg suke buat cerita.ape yang aku ckp ni dr ape yang berlaku" aku xd ckp mcm tuh k. xd n xpenah.

setelah ape yang aku buat, aku xberkata ape2, ape yang aku dapat?

  1. aku diasingkan daripada semua orang.
  2. aku xdilayan oleh semua orang.
  3. semua orang pun pandang aku dgn pandangan yang aku ni sangat jahat.
  4. aku dianggap sebagai kawan yang x boleh nak dipercayai oleh semua orang.

terima kasih kau. atas segala-galanya...aku mintak maaf aku ada buat kau terasa dgn aku o ape2 je la yang kau anggap sebagai salah di mata kau. tapi, aku x mungkin dapat meminta maaf secara bersemuka dgn kau sebab aku da xboleh nak tgk muka kau sekali pun kerana da terlalu sakit hati ni diperlakukan oleh kau.


aku yang ikhlas, sentiasa iklhlas

NADIAH BINTI MOHD NOOR AINI @ nodh_sarayie



Monday, April 05, 2010

JABATAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR



memula masuk JABATAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR, 18 bulan rasa macam lama gile.rasa macam x best je.tapi bile da kenal semua yang ada kat sni, rasa nak kje kat sni. ahaaha. KAK ZAH, nak kje kat sni boleh x? KAK ZAH pun kate: tgk la johordt..
hek3.baik..
terima kasih yang banyak kpd SEMUA KAKITANGAN JABATAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR yang banyak bg nodh experience sepanjang nodh berada kat sni. TERIMA KASIH YANG BANYAK SANGAT.

TERIMA KASIH sekali lagi pada semua;
TUAN HJ JABBAR
EN AZLAN
EN SAFIAN
EN HATTA
EN YAHYA
EN RASHIDI
EN NIZAM
EN AZHARI
EN ZUL
EN AZMI
EN ROHAZALI
PUAN AZIZAH
PUAN SUHAIDA
PUAN RAFIDAH
CIK NAZARINA
CIK NORAZLIN

Friday, April 02, 2010

tak guna



hoi PEREMPUAN JALANG+ TAK GUNA!
kau memang JALANG kan?


Thursday, April 01, 2010

tahap perasan kau sangat tinggi ye.
kau yang cepat terasa dengan post aku.hahahaha.

aku langsung tak cakap pasal kau la MANUSIA PERASAN!

kau da terasa dgn perkara yang TAK ADA KAITAN DENGAN KAU, then kau burukkan aku depan orang kan?
bagus sangat la perangai kau tuh.sangat2 bagus. then semua pn ckp aku jahat kan?

TERIMA KASIH PEREMPUAN!

duhh




rupanya kau TAKUT dengan kehadiran aku

MyEm0.Com