Thursday, June 24, 2010

BERIBU-RIBU TAHNIAH

Kepada semua kawan-kawan saya yang dapat further degree dlm course yang anda semua mintak, beribu-ribu tahniah saya ucapkan. Walau pun kalian kata saya bertuah sebab dapat sambung jugak walaupun bukan dalam course yang sama, terima kasih saya ucapkan sebab cakap saya bertuah.
Apabila kalian kata saya tak reti menghargai peluang yang ada, sila berfikir semula kerana jika perkara yang sama berlaku pada kalian, dalam situasi yang sama dengan saya, apa yang akan kalian laksanakan?

Mungkin kalian masih berkeras dengan keputusan kalian iaitu nak sambung jugak. begitu dengan saya. Saya juga berkeras dengan keputusan saya.

Aku sayang korang.. Good Luck semua. Nanti ada degree jangan buat-buat tak nampak aku yang tak ada degree ni eah.
http://www.emocutez.com

UPDATE

testing. testing. 1,2,3..hello. hello... adeh.. berhabuk suda blog ini. Banyak cerita yang mahu diceritakan. Tapi masa amat mencemburui saya. Eh.eh Ke saya yang tak reti menghargai masa? Ok. Ok. salah saya. Wahai Encik Masa, maafkan saya kerana menyalahkan kamu..
http://www.emocutez.com
Update terbaru :

saya dah 2 minggu bekerja di tempat kerja yang baru. GDP Training & Resources. Kepada semua syarikat yang ada enquiry utk buat training, sila menghubungi kami di talian.... *sila search sendiri. hahaha. saya tak mahu promote disini. Saya tak dibayar untuk menjadi promoter GDP Training & Resources.
Ramai yang tanya saya " kenapa ambil kerja sales and marketing? awak kan student tourism management." kepada semua yang bertanya.. Tourism mempunyai skop yang sangat luas. Tak semestinya belajar tourism kena jadi Tourist Guide, bekerja di Travel Agency sahaja ye. Saya tegaskan sekali lagi, TOURISM MEMPUNYAI SKOP YANG SANGAT LUAS. Saya percaya semua bidang mempunyai skop yang terlebih luas juga. So janganlah dipersoalkan kenapa kami tak berada di bidang yang kami pernah pelajari.
Berbalik kepada kerja saya, so far saya kat sini, saya ok. Saya tak tension. Saya suka ;p

Saya dapat tawaran sambung degree:

Program : (OM224) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis (Kepujian)
Kampus : UiTM Puncak Alam.


Saya mungkin pernah menyuarakan yang saya minat dengan event management. Tapi setelah ditolak tambah semua perkara, saya rasa saya harus mengetepikan minat saya. Maka dengan itu, saya memilih untuk meneruskan keminatan kepada Tourism Management.
Tapi.... tawaran yang diberikan sangatlah mendukacitakan hati saya. Saya bersyukur dengan peluang ini. Mungkin tak ramai yang mendapat peluang sebegini rupa. Tapi saya tak minat dah!
http://www.emocutez.com
Maaf UiTM. Saya berterima kasih kepada tawaran anda.

Setelah berbincang secara empat mata dengan beberapa pihak. Eh tak. tak. Bukan empat mata. Sebenarnya banyak mata.Hehe. Maka dengan itu, saya membuat keputusan....

Erm...belum sehabis putus lagi sebenarnya.Undian untuk anda kepada saya adalah dibuka sekarang. Sila hantar undian anda dengan cara " sila pergi " atau " pergilah kau" ke 33399. Eh. Eh. bukankah ayat kedua2 tersebut sama? Hahaha. Biarkan. Biarkan ia berlaku. *Apa kau dah mengarut ni Nodh?

Ok lah. Saya nak makan + iron baju kerja + tengok tv(bukan tengok bola k. Saya tak minat menonton orang yang ramai mengejar bola yang sebiji. Oppsss. Maaf para peminat bola)
Oh jangan lupa ye..Sila lah hantar undian anda.....
*eh budak ni tak habis lagi rupanya.


Wednesday, June 09, 2010

Last Day

Hari terakhir saya di Sushi Department AEON Jusco Bukit Indah. Tak banyak gambar yang mampu saya snap disini kerana saya telalu segan. Haha.
Saya dan Echa from Delica. Nak discount? Ha.. Datang Jusco jam 9malam dan ke atas. Dapatlah discount. Hehe

Saya dan Zida. Beliau yang mengajar saya untuk membuat roll set. Hehe. Dia yang sangat bersabar bila saya asyik banyak tanya bila tak faham.

Atikah dan saya. Dia orang pertama yang menegur saya ketika saya mula-mula masuk ke department ini. Mengajar saya membuat Individu Sushi. Blurr untuk kali pertama sebab tak tahu nama-nama sushi. Hehe.

Ni nama nya ORANG KUTUB UTARA yang sesat di Malaysia yang panas terik. Zida dan Atikah yang bersabar dengan saya apabila saya cakap : " Untuk kali terakhir, tunaikanlah hasrat hatiku untuk bergambar dengan baju eskimo ini." Haha. Maka mereka pun layan jelah..

To all Sushi Department Staffs, Terima Kasih yang teramat banyak sangat kerana pengajaran dan juga kesabaran anda semua mengajar saya yang susah untuk memahami sesuatu perkara dengan jayanya. Anda telah memberikan saya pengalaman yang akan saya simpan didalam kamus hidup saya dengan baik. Akan saya simpan dan sampul ingatan itu supaya tak hilang. Again, THANK YOU SO MUCH!