Thursday, January 27, 2011

Jangan Pandang Sebelah Mata

Jangan Pandang Sebelah Mata ye. Bukan Jangan Pandang Belakang @ Jangan Pandang Belakang Congkak.. Apa kena mengena title dgn movie nie semua? Mmg tak ada kena mengena pn. Hahahaha.
Haritu mak, adi, wawa n aku sendiri, g Zoo Johor. Last minute plan. Tak terfikir pn nak g sane. Apedehal nak g Zoo ? Zoo Johor lak tu. Haish kau. Kan aku da cakap. Jangan Pandang Sebelah Mata.
Zoo Johor sekarang kau nak banding dengan Zoo Johor dulu? Mmg ketinggalan zaman la kau. Kau orang Johor ke bukan? Kalau mmg bukan orang Johor, aku tak kesa la. Ha? Kau orang Johor? Tapi da lama tak g Zoo? Kesian la kat kau. Hahahaha. Zoo Johor da banyak berubah babe.. Tak yah nak malu sangat la kalau bf @ gf @ bff @ gff *gff tu ape?(girlfriend forever la ngek.) ttbe ajak kau g Zoo. Patutnye kau bersyukur sebab diorang ajak kau g Zoo. Yela. Aku tau, korang last g zoo pn masa sekolah rendah kan? Tak mungkin korang g zoo da masuk sekolah menengah. Kalau ada pn, sebab lawatan sekolah. Tapi ada lagi ke lawatan sekolah g zoo? Adik aku yang darjah 6 pn, tahun lepas time dia darjah 5, lawatan sekolah g Singapore babe. Tak main la dalam Johor @ dalam Malaysia. Nak g Universal Studio, Singapore. High maintenance betul la budak2 zaman sekarang ni. Agak2 berapa hantaran kawen diorang nanti ek?*apa kena mengena lawatan sekolah dgn hantaran kawin?
Aku nak patah balik la ni. Cerita pasal zoo kan? Hahaha. Zoo Johor sekarang bukan macam dulu*mcm ayat ni aku da buat tadi. Dulu tak wangi, sekarang wangi la sikit. Bukan sebab penghuni dlm tu pakai perfume. Sebab korang la. Dulu masa g zoo ada korang pakai perfume? Paling kurang pn, mak korang tepekkan bedak kat korang kan? Sekarang, nak g stall burger abang depan rumah pn pakai eye liner kan? La. Aku sorang je ke macam tu?
Zoo Johor sekarang da cantik. Da banyak penghuni. Makin banyak penghuni kat situ, makin tension la budak2 Maahad Johor tu kan? Mana taknye, malam2 je, mula la para penghuni melaksanakan acara nyanyian sumbang seperti Giant kan?
Gambar tak banyak amik. Kualiti camera phone semakin mendukacitakan. Menginginkan Nokia X5 kepunyaan beliau tapi sampai ke harini tak sampai2 ke tanganku. *nak suruh aku beli hp sendiri la tu. Manyak kudukut juga ini orang.






Playful Kiss

Hai korang! Lama gile tak menaip.

Sekarang tengah addicted gile dengan Playful Kiss. Oh Baek Sung Joo! U r very handsome! Seriously in love with him. Masa tengok cerita Boys Over Flower lagi da in love dgn dia. Tapi perasaan tu terpaksa dipendamkan atas alasan masih belajar. Tak boleh in love dengan sapa2. *hahahha. kau blah sekarang Nodh. tak boleh in love dgn sapa2 konon.
Serious weyh. Sangat tertarik, terpampan, tersuka, terinlove dengan Baek Sung Joo. Eh bukan2 dengan Kim Hyun Joong.

Dalam Playful Kiss, Kim Hyun Joong telah dilahirkan sebagai Baek Seung Joo. Seorang yang sangat dingin. Yang sangat "ah lantak kau. aku dengan dunia aku, kau dengan dunia kau". Ha lebih kurang macam tu la ayat dia kalau dia dilahirkan sebagai seorang rakyat Malaysia. Nak dijadikan cerita, Oh Ha Ni lakonan Jung Soo Min telah pun terjatuh oleh cinta sejak depa sekolah. *aku tak paham sistem persekolahan di Korea. So anggap je lah diorang sedang sekolah menengah konon2 kalau ikutkan pada sistem persekolahan di Malaysia dengan cara pemakaian uniform sekolah dalam cerita tu. Oleh sebab Oh Ha Ni ni sangat la addicted dengan Baek Seung Joo seperti mana aku da mula teraddict dengan beliau sekarang, maka dengan itu, Oh Ha Ni pun mula la melaksanakan sistem2 mengurat yang sama seperti drama2 Korea yang lain bila ada part2 nak mengurat.. Macam biasa, bagi surat, buat2 muka comel depan si lelaki, buat benda bodoh depan si teruna yang handsome ... blablabla. Oh Ha Ni punya rumah telah pun collapse disebabkan oleh satu gempa bumi yang amat kecil skala ritchernya. Tapi yang pelik, rumah dia je yang collapse. Maka dengan itu, cerita makin terjadi bila ayah Oh Ha Ni di ajak tinggal di rumah kawan dia. And rupa2nya, rumah tu adalah rumah Baek Seung Joo! Starting dari situ, maka makin galaklah si Oh Ha Ni suka. *ok time menaip pasal kesukaan Oh Ha Ni ni, aku mula rasa something. Aku jealous dengan Jung Soo Min sebab dia dapat berjumpa dengan Kim Hyung Joong!
Yang bestnya, kebanyakan cerita cinta Korea, mak @ ayah diorang mesti akan ada yang tak suka kan? Tapi cerita ni, mak Baek Seung Joo yang beriya2 satukan diorang. Aiigoo! Aku sangat suke cerita ni la. Eh! Rasanya macam belum habis cerita lagi. Tak nak ah cerita lagi. Baik korang g tengok sendiri cerita ni. Sangat best.
Sekarang nak tengok yang Special Edition punya pulak la. Eh tak2, nak tengoj part Baek Seung Joo yang sangat bersikap dingin tuh melamar Oh Ha Ni la. Eh bukan lagi. Nak tengok part first sekali Baek Seung Joo selamatkan Oh Ha Ni la. Eh.. Bukan lagi la. Ah lantak la! Nak tengok dari 1st episode. taddddaaaaa ~~~~

psssttt: aku rasa aku macam pernah bagi surat cinta kat someone masa sekolah rendah dulu. Tapi aku bg sape ek?

Friday, January 07, 2011

Old School

Hye.. Nak cerita ni. Sekarang, waktu ini, malam ini, sedang galak mendownload lagu2 Broery Marantika. Owh.. Aku sedang dalam keadaan mahu berklasik! Esok cuti. So will go to Jusco to find all his albums. Then will be the old school girl. Haha.

By the way, nak cerita. Starting from 20th January, im no longer an employee of GDP Training & Resources. Will resign soon. Is there someone looking for bibik? Dont find me. Because i cant be a bibik.. Makin hancur rumah kau kalau kau suruh aku yang kemas. Haha. Ok itu tipu. Aku pembersih. Noktah.

Sekarang nak menonton Merlin. Bubai