Monday, April 26, 2010

anak-anakku

ni la anak-anak saya! saya sayang mereka sangat. mereka merupakan anak bulu saya.haha.heit!jangan fikir yang bukan-bukan ye.hanyalah anak bulu.haha. mereka lah penyebab saya nak bekerja. kerana jika saya tidak bekerja, maka siapakah yang akan menyara mereka? jika tidak, kami akan makan pagi, kais pagi, kais petang, makan petang. ok kawan2 itulah peribahasa pada hari ini ye..;p

ini lah anak bulu saya! BUBU dan JANGGUT


beliau adalah JANGGUT. mana dapat nama seUNIK ni?haha. daripada MOHD SETIA MASWADI la. masa mula2 beli dulu, dia kata : " orang nampak macam dia ada janggut la.kita namakan dia janggut ok?"

ni pula BUBU. nama ni saya yang bagi. tapi, cousin saya, JAMIL panggil BUBU ni, SYASYA. dia kata, nanti bila SYASYA da besar, SYASYA boleh jadi model. angan2 kau terlalu tinggi babe.haha

saya sayang mereka. walau orang kata mereka ni adalah seekor tikus, tapi bagi saya, mereka tikus yang comel. mereka adalah HAMSTER.

setelah mensearch di yahoo! dan google, saya dengan ini menisyhtiharkan bahawasanya, binatang peliharaan saya ini merupakan hamster jenis ROBOROVSKI atau lebih mudah dipanggil sebagai DESERT HAMSTER. mereka juga dikenali sebagai hamster terkecil di dunia. *oh. no wonder la baby-baby saya ni kecil je. MOHD SETIA MASWADI, kita tak perlu risau dgn saiz mereka sbb mereka mmg bersaiz ini..

bagi yang baru nak memulakan penjagaan binatang kecil yang cute ini, mudah je nak jaga. *tapi bergantung pada jenis hamster juga lah kot. bagi saya yang membela jenis DESERT HAMSTER ni, sangat-sangat mudah. just bersihkan sangkar mereka seminggu sekali. tu sahaja. oh ya!perlu di ingatkan. mandikan mereka juga ye. kalau boleh tiga hari sekali. yelah, mereka pun nak mandi juga. xkan manusia je nak mandi. tapi bukanlah dengan memandikan mereka menggunakan air seperti yang selalu kita lakukan kpd diri kita. ada serbuk khas untuk mereka. mereka akan mandi dgn sendiri tanpa memerlukan bantuan kita. mereka pandai berdikari ye!.hehe.

oh ya!makanan mereka. bagi sahaja apa pun. mereka akan makan. tapi time mereka ada mood nak makan lah. kalau anda bagi mereka makan time mereka tgh tak ada mood, jgn haraplah mereka nak makan. hehe. sebaik nya, makanan yang anda beri itu, keras. contoh nya kacang, honeystar, kokokrunch..haa..jangan main2, demanding juga binatang cute ni.hehe.

untuk sangkar mereka, janganlah anda beli sangkar kayu. sangat-sangat x bernasib baik. mereka ni suka menggigit! sebaik nya beli lah yang besi. kalau yang plastik tu lagi baik. lagipun, mmg tak ada yang kayu lagi da sekarang ni.hehe.

oh.barang-barang yang harus anda beli sewaktu membeli binatang cute yang dinamakan HAMSTER ini.:
  1. mestilah HAMSTER nye sendiri.
  2. SANGKAR yang sesuai. kalau baru beli seekor, memadailah beli yang kecil shj. tunggu lah dah beranak pinak, barulah beli yang besar sangkar nya.
  3. MAKANAN yang sesuai. jangan pula beli makanan ikan untuk hamster anda tu. tak masuk akal langsung.
  4. GELUNG MAINAN. mereka sangat sukakan mainan. amatlah memadai sekiranya anda membelikan mereka gelung sahaja. tak perlu yang mahal2..yang gelung 2 in 1 pun da ada sekarang. 2 in 1?? ok2 gelung ini bukan sahaja boleh digunakan didalam sangkar. malah, gelung ini juga boleh dijadikan sebagai bebola bagi anda melepaskan mereka didalam kawasan rumah. tak boleh dibiarkan dilepaskan begitu sahaja.nanti hilang...
  5. HABUK. da kata pun hamster. mereka kan spesis tikus yang comel. habuk kayu ini bertujuan untuk memanaskan mereka selain dijadikan sebagai *BARANG MAINAN mereka. lagi tebal anda letak habuk itu, lagi mudahlah mereka main sembunyi2 dgn anda.
  6. oh! saya lupa sesuatu. jangan lupa beli penyepi kuku mereka ye. ada penyepit kuku khas untuk mereka. comel je..
em..saya rasa itu sahaja barang2 penting untuk anda yang baru hendak memiliki binatang comel ini. HARUS DIINGATKAN, bagi mereka yang alah kepada binatang yang berbulu, JANGAN sekali-kali berangan utk memilikinya. bahaya beb!kang jadi ape2, korang sendiri jugak yang susah..

itu je kot buat masa sekarang ni...nanti bila saya rasa saya nak pelihara binatang yang baru, saya tulis lagi cara penjagaan.hehe...








2 comments:

Aisyah Ahmad said...

such a comel bulu2 ko..hahaha..opss ank bulu ko..ak ingt nk beli..tp ak tkt mati dikerjakn oleh ank2 buah ak..

nadia_aini said...

haha.ko beli then ko letak kat dalam bilik je.xyah bawak keluar pn.bukan kne bwk jalan dak2 ni.haha