Thursday, April 29, 2010

JANGAN TERLALU MEMILIH

Semalam saya ada mendapat satu panggilan interview di sebuah shopping complex. Seperti yang saya coret di entry sebelum ini, yang saya nak cari kerja tu..;p
Beliau bertanya sama ada saya masih berminat untuk pekerjaan tersebut ataupun tidak. Saya mestilah jawab berminat. Da tentu-tentu saya tak ada kerja, apa yang datang, jangan ditolak. Sama juga seperti makanan. Jangan di tolak apa yang di beri oleh orang. Nanti diri sendiri yang tak dapat rasa makanan tersebut.*ok kawan2. itu bukan peribahasa.

Kebetulan. malam semalam saya dan emak, angah dan adik bongsu saya, wawa, ke pekan Gelang Patah. Asalah nak buat something sikit.. Saya sambil2 tu, bersiar2 la sambil mencuci mata dengan membaca Job Vacancy yang ada di salah sebuah klinik disini. oh. ada kerja kosong!

Saya dengan pantas terus memasuki klinik tersebut. Saya pun bertanyalah mengenai kerja tersebut. Beliau kata mmg kosong lagi. Saya rasa nak apply lah. Maka dengan itu, saya tnya la kalau2 nak ada sijil atau diploma yang berkaitan dengan perubatan. Beliau menjawab
" tak ada kelulusan apa2 pun dik. tapi awak yang ada Diploma tuh, tak kesa ke keje sebagai pembantu klinik je?"
ayat beliau amat menghiris kalbu seperti ketika sedang menghiris bawang. Seperti mendayu2 hatiku ketika beliau berkata begitu. Saya dengan pantas menjawab
" kak, saya tak kesa pun dengan diploma ni*walaupun kesa sedikit* saya nak pengalaman je kak. sng nanti nak keje yang lain"
ok. itu mmg hasrat sebenar saya. Saya tak kesa pun kerja apa pun yang saya apply. Saya hanya mahukan PENGALAMAN.

Look..kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana anda-anda yang terlalu memilih pekerjaan, maka kami yang tak memilih pekerjaan turut merasakan tempias diatas perbuatan anda.

Tadi, saya ke interview yang telah ditetapkan. Si panel bertanya kpd saya " Awak ada Diploma, tapi kenapa awak nak kerja ni?" saya sekali lagi seperti cerita di atas menjawab " Saya merupakan graduan yang tak pernah keluar untuk mendapatkan pengalaman bekerja sepanjang saya belajar. Jadi, kalau saya menggunakan Diploma untuk memohon pekerjaan yang besar pangkatnya, agak susah untuk saya mendapat pekerjaan tersebut. Jadi, saya start dari bawah. Saya mulakan dengan yang susah. Baru jumpa yang senang"

Saya tak pasti sama ada jawapan saya adalah betul ataupun tidak. Saya juga tak pasti sama ada jawapan saya merupakan jawapan yang sesuai ataupun tidak. Tapi itu merupakan sebab utama saya memilih pekerjaan ini.

Selain itu, saya ada juga apply di salah sebuah restoran di shopping complex tersebut. Apa yang memeranjatkan saya, semua pekerja di restoran tersebut adalah BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA. Saya tak pasti mereka dari negara mana. Even manager mereka pun BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA.
Kalau benda ni boleh berlaku, kenapa RAKYAT MALAYSIA, GRADUAN drpd IPTA/IPTS mengatakan bahawa mereka masih menganggur selepas tamat belajar? Guys, OPEN YOUR MIND. Kalau korang FRESH GRADUATE, korang rasa ada ke mana-mana syarikat besar/ kecil nak bagi korang kerja yang PANGKAT/GAJI BESAR kalau korang TAK ADA PENGALAMAN? Korang tak yah la memilih kerja sangat. Tak kemana pun DIPLOMA/IJAZAH korang kalau korang tak ada pengalaman bekerja. Kerja yang ciput2 pun, apply je la. Daripada korang duduk rumah, goyang kaki, tengok tv, main game kat facebook, baik lah korang apply kerja kat restoran yang penuh dengan BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA kerja tuh. Untung2 korang boleh ganti manager dia bile dia da balik negara asal dia semula.

saya bukan lah nak nasihat orang. tapi sekali lagi saya cakap, ni pandangan saya sebagai seorang ORANG. Kepada yang masih menganggur tu, JANGAN TERLALU MEMILIH

No comments: