Tuesday, May 25, 2010

NAMA SAYA RAIN

Nama. Ada apa pada nama? Of course la pada nama ada huruf. Pada huruf ada kosa kata. Pada kosa kata ada perkataan. *betul ke perjalanan ayat saya ni?err..err..no komen.

Pada awal perkenalan, di setiap tempat, saya akan memperkenalkan diri saya sebagai NADIAH. Then, bila saya rasa saya boleh sesuaikan diri saya dengan tempat tersebut, maka saya akan memberikan nama GLAMOUR saya kepada mereka. Nama glamour?apa kau ingat kau artis ke?..err..bukan.bukan. Saya bukan artis ye. Saya hanyalah insan biasa. haha. Back.Back. Ok, semua kawan saya akan panggil saya dengan panggilan nama NODH. Saya suka nama itu. Sangat-sangat suka. Even kalau boleh saya nak bf saya panggil saya dengan panggilan itu. Hep.Hep. Tak boleh. Nanti tak ada keistimewaan *beliau yang kata la. Bukan saya.

Semenjak saya mendapat pekerjaan sebagai Sales Assistant di Jusco Bukit Indah, saya dipanggil dengan satu nama yang saya tak suka. Sebenarnya dari dulu saya tak suka dengan panggilan ini. Saya da memperkenalkan dah nama Glamour saya kepada mereka. But then they still call me with that name. Oh Tuhan, tolonglah berikan mereka kekuatan untuk memanggil saya dengan panggilan NODH. Saya da suruh mereka panggil saya dengan panggilan NODH. Tapi mereka still panggil saya dengan panggilan DIYA. *wtFun?

Saya tak berapa nak suka dengan panggilan itu. Nak tahu kenapa? Sebab panggilan tu terlalu lembut; bagi saya. Saya membayangkan seseorang yang dipanggil dengan nama DIYA merupakan seorang yang sangat AYU, sangat BERSOPAN SANTUN, sangat BERTATASUSILA. Tapi itu bukanlah saya. Saya bukanlah seorang yang ayu. Saya bukanlah seorang yang terlalu bersopan santun. *nampak tak ayat ini?ini menunjukkan bahawa saya masih lagi seorang yang bersopan santun walaupun sedikit ye kawan-kawan. err.. Next....Saya rasa mereka tak boleh menyebut panggilan itu ataupun mereka memang tak mahu memanggil saya dengan panggilan itu. Mungkin mereka mahu saya menjadi seorang yang sangat ayu. Oh?? Itu amat kelakar. Sila gelak ye kawan-kawan. Saya mahu anda membayangkan saya yang lasak menjadi seorang yang ayu..Ok. Mari bergelak beramai-ramai. http://www.emocutez.com

Saya tak kesa kalau mereka nak panggil saya dengan panggilan NADIAH. Tapi mungkin nama itu terlalu panjang jadi mereka prefer panggil saya DIYA. Tapi, kalau nak bandingkan DIYA dengan NODH, Nodh lagi pendekkan? ok. Saya tak faham ape masalah mereka.

Tapi walau apa pun, i dont mind.. It is up to them to call me with any name. Oh boleh begitu pula? Tak kesahlah. Asalkan mereka panggil saya dengan nama. Bukan panggil saya dengan panggilan "HOI, OI, BUDAK, KAU" or whatever yang menunjukkan seperti saya tidak mempunyai nama. Walaupun dengan panggilan DIYA, saya redha.
http://www.emocutez.com

No comments: