Tuesday, May 25, 2010

anak bulu saya

Janggut menayangkan muka beliau sebelum keesokan hari telah menemui ajal


Snek yang sempat dimakan oleh Jangut sebelum menemui ajal beliau

Saya rasa macam da lama saya tak update blog ni.. Rasa macam seminggu sekali baru nak update. Da tu, tiap ari Selasa baru sempat nak update pula tu. Biasalah.. Saya ni pekerja swasta, so cuti bukanlah pada hari Sabtu dan Ahad dan cuti-cuti umum..*oh..saya rindu untuk bercuti dan berjimba untuk jangka masa yang panjang..
1stly, nak cerita pasal kematian anak bulu saya.. Memang saya dah post kat entry before ni.. Tapi tak ada gambar bagi membuktikan kematian beliau.. Nak cerita bagaimana kematian JANGGUT boleh berlaku..
Saya baru pulang dari tempat kerja dalam keadaan yang amat penat sebab terpaksa balik menaiki bas. Mak dan Abah ke Melaka hantar Angah balik KMM. Saya menunggu bas dari jam 6 petang hingga 8 malam! Bayangkan bagaimana keadaan saya yang berada di tepi jalan tanpa kewujudan station bus! Saya nak menangis waktu tu juga sebab penat sangat berdiri tanpa melakukan apa-apa selama 2 jam tanpa henti.*memanglah tanpa henti. Waktu mana pernah berhenti. Hanya manusia yang berhenti mengejar waktu. Oklah, berbalik kepada cerita zaman sekarang, saya akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Maka dengan itu, saya kembali melintas jalanraya yang begitu menakutkan dengan selajunya*saya seorang yang penakut untuk melintas jalan. Lebih baik saya meniti tangga jejantas daripada saya melintas jalan. Saya memang pengguna yang berwibawa. Saya ke tempat teksi lantas bertanyakan harga tambang teksi untuk pulang ke rumah. Berikut adalah dialog antara saya dan pakcik teksi tersebut :

Ms N: Pakcik, nak pergi Gelang Patah
Uncle T: Gelang Patah kat mana?
Ms N: Leisure Farm
Uncle T: RM35 dik
Ms N: *mahal gile? padahal daripada Bandar Jb nak ke Gelang Patah pun baru RM 30. (saya berkata dalam hati je bagi mengelakkan sebarang kejadian tak baik berlaku sekiranya saya melawan) Oklah..Bolehlah..
Uncle T: Ok jom

*****************************************
(sesampai dirumah)

Saya masuk ke dalam bilik seterusnya saya meninjau keadaan anak bulu saya. Ok. Mereka dalam keadaan yang baik.. Bubu sedang berangan di gelung beliau. Manakala Janggut sedang tidur di sebelah bekas makanan. Saya seterusnya mempunyai niat untuk mengambil Bubu. Nak ambil Janggut susah sikit sebab Janggut lari laju berbanding Bubu. Apabila saya nak ambil Bubu, Janggut tak bergerak.*ok para pembaca(kalau saya ada pembacalah) sila baca ayat seterusnya dalam keadaan suspen. Lagi bagus kalau ditambah dengan alunan muzik yang mendebarkan.
Saya mencuit Janggut. Tak bergerak! Saya sentuh beliau. Keras! Dadaku berombak kencang. Laluan darahku dah berserabut, Alunan nafasku sudah tak searus.
MAKKK!!!! JANGGUT DAH MATI!!! Saya menjerit dengan sekuat hati tanpa menghiraukan keadaan jiran sekeliling kerana pada saya waktu itu, yang ada dalam dunia saya hanya SAYA, BUBU, dan JANGGUT. SAya terus menangis teresak-esak seperti baru kehilangan seorang suami yang amat saya cintai.*saya masih belum bersuami ok. sila highlight ayat SEPERTI.
Mak masih belum bergegas ke bilik saya. Adik saya, Nazurah seperti tidak mendengar teriakan Asia Tenggara saya. Mengapa teriakan Asia Tenggara? Kerana bagi saya teriakan yang saya hasilkan mampu memecahkan gegendang telinga seluruh umat Asia Tenggara.
Saya da rasa seperti ada yang tak kena. *there must be something.cewah2 nak berkata-kata omputih pulak!. Saya terus keluar daripada bilik ke meja makan untuk menuduh adik saya yang menjadi sebab Janggut mati. Tuduhan saya berasas! Nazurah mengaku sambil teresak-esak menangis menyatakan kekesalan beliau. Sebaik sahaja saya mendengar pengakuan beliau, semakin kuatlah teriakan Asia Tenggara saya. Abah yang sedang tidur pun turut bangun bagi menyaksikan adegan KUCH KUCH HOTTA HAI saya dan Nazurah beserta Mak juga. *sila memikirkan sendiri mengapa adegan kuch kuch hotta hai.
Abah seterusnya memarahi Kucing yang telah menyebabkan kematian Janggut. Oh, saya terlupa menceritakan penyebab kematian Janggut. Beliau telah di GIGIT dengan rakus serta telah di baling-baling oleh seekor haiwan kepunyaan adik saya iaitu KUCING ataupun nama glamour beliau ACAK. inilah beliau yang bernama ACAK
Setelah kesedihan saya beransur hilang, saya telah menyiapkan segala perkakasan untuk pengkebumian Janggut.
Jenazah Janggut

Sewaktu hendak dikebumikan
Kepada Janggut, Mama sentiasa sayang kamu sayang.......

No comments: